Monday, April 03, 2023

Panduan Mengisi Borang Cukai Pendapatan e-BE for dummies



https://mytax.hasil.gov.my/

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dulu dah pernah buat panduan tapi dah out dated dan sistem pun dah tukar. So kita buat la manual baru untuk diri sendiri dan manfaat kepada orang lain. Setiap tahun menggagau nak isi. 

Kalau nak guna sistem ezHasil boleh rujuk manual yang dah diberikan :-

   https://mytax.hasil.gov.my/dashboard-content

Start tahun lepas, saya dah kena bayar cukai pendapatan tapi tipsnya tinggikan zakat pendapatan, terus tak kena bayar cukai. So masih setia isikan my hubby punya macam tahun-tahun sudah. Duit claim boleh kat isteri kan sayang. hahahaha. Lariks. 


Contoh Borang EC 2022




2) Nampak tak ruangan A pada borang EC tu, yang tu just masukkan amaun yang A kat atas tu kat borang e-BE. Jumlah penggajian tu isi 1 kalau memang kerja 1 company sahaja untuk tahun yang dinilai. B tu duit yang kita kena cukai. So dia akan appear siap-siap kat situ. Itu duit yang kita nak dapatkan balik. hahaha . Macam mana nak dapat balik? Boleh teruskan isi bahagian seterusnya. Kalau ada jumlah derma melalui potongan gaji letak kat D. Kena klik butang tu untuk masukkan amaun. 

3)Yang ni paling best nak isi. Kat borang pelepasan ni lah yang menentukan korang dapat rebet ke tidak. Boleh manfaatkan sepenuhnya yang ada. SSPN untung juga sebab sampai RM8000. Tapi bermula tahun depan, yang ni dah dimansuhkan. Adudu. Bagi yang ada anak boleh isi E dan masukkan jumlah anak yang company letak. Kalau tak ada isytihar, boleh la bincang dengan suami. Nak letak bilangan kat suami sahaja ke macam mana. Jumlah anak RM2000 untuk seorang anak. Makin banyak anak makin untung gitu kiranya :)  Dan yang masih belajar jer lah. Dah kerja tak boleh dah la.hehehe.

Rugi juga kalau tak amik insurans sebab sampai RM7000. Begitu juga insurans pendidikan dan perubatan RM3000.So kalau nak save amik dua-dua insurans. Zakat dan fitrah biasa dah ada dalam borang EC . Masukkan ajer kat situ.Amik C dari borang EC masukkan dalam borang e-BE. Yang zakat ni tak de limit so kalau korang ada sedeqah, wakaf ke apa biasa boleh dapat resit, simpan resit tu. Kena simpan 7 tahun tau resit-resit ni. 

Untuk hotel, tidak semua LHDN cover yer. Boleh buat semakan : https://www.motac.gov.my/semakan/hotel

Lepas ni kalau nak booking hotel, kena la pilih hotel yang LHDN cover. hahaha











4)Yang ni akan generate siap-siap bila dah isi maklumat sebelum ni.   XXXX  tu amaun yang korang kena cukai. So kalau ada rebat, akan ada la amaun kat situ . Kalau ada lebihan boleh belanja saya yer :) hehehe.  Dah settle boleh la simpan dan cetak pengesahan. Kalau ada bayaran kena buat bayaran  




Korang dah dapat ke rebat cukai pendapatan ? hahaha. Saya dah licin buat persiapan sekolah anak-anak. 

p/s: 

Tarikh hantar borang setiap 31 April setiap tahun :) Moga panduan ini berguna untuk tahun depan selagi diorang tak tukar sistem baru  lagi :)


Last Updare : 3/4/2023

“Bersedekahlah dan jangan berat memberikan agar Allah tidak memberi kamu dalam jumlah yang terhad; dan jangan menahan hartamu agar Allah tidak menahannya dari kamu. Bersedekahlah semampu kamu.”

(Bukhari & Muslim)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)