Tuesday, May 24, 2022

Team Raya Terengganu 2022 , Raya Kejut 2022

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Alhamdulillah, tahun ni merasa beraya di kampung halaman setelah 2 tahun beraya di perantauan. Selangor je pun . Nak ulang balik? Memang tak la beraya di Selangor. Even jam, sanggup ku redahi gitu kekdahnya. Kami bertolak balik Terengganu hari Khamis . Pontengkan anak-anak sekolah 2 hari. Huhuhu. Alhamdulillah tak jem, pukul 1 dah sampai Terengganu. Sempat berbuka puasa bersama keluarga saya. Sempat pergi bazar Ramadhan dan makan makanan yang teringin nak makan especially Sagumpal . Terjumpa Apam Telur kat Bazar Ramadhan yang teringin nak makan masa mengandungkan Nawfa. Konon Isnin nak beli kasut raya, sekali setelah 15 Syawal baru beli . hahaha

So persiapan pun ala kadar sahaja. Memang apa adanya. Baju pun repeat tahun lepas punya. Tahun depan kita buat baju baru. Tapi kelakar jugak la pasal baju. Baju Nayla tak muat langsung. Mujur ada baju Nuha Raya 2018 punya. So boleh la alter dan masih menepati tema sedondon. Tq Rai alterkan. Merasa lah pakai baju raya baru dia sorang. haha

Jom la layan gambar raya ala kadar dan mengejut tahun ni. 

Tahun pertama tanpa Abah . Tahun ni tinggal saya dan adik aje beraya di Terengganu.Turn saya raya rumah mentua tahun ni.  Long beraya di Kedah dan Ngah beraya di Kelantan. Semoga tahun depan dapat berkumpul semua sekali setelah sekian lama. 


Mesti gambar berlima dulu


Lentuk ke kiri pulak. hahaha


Nak lentuk kat my hubby tak dan . Tak ada gambar kat tangga tahun ni. Tingkap pun menarik jugak. 


Harus la ada gambar berdua as always. Love you sayang !



Dengan anak-anak dara


Lagi dengan anak-anak dara



Dengan sisters in laws plus bongsu2


Girls power 


Anak-anak dara dengan Mak Ngah diorang 


My hubby and family. Abang Long tak ada dalam gambar


Keluarga mentua


With Bonda tersayang


Alamak tak centre pulak. haha


Dah kenapa Nawfa tu lentuk macam tu pulak


Gambar time setting ni. 


Juadah Raya. Nasi Dagang dan Acar by sepupu my hubby


Gulai Ikan Tongkol by My MIL. The best in the world



Otw pergi solat sunat Aidilfitri with my hubby 


Masjid Jamek Paka


Sempat lagi selfie sebelum pulang. Sebab sok sek sok sek hidung pagi-pagi, makmum sebelah tak nak salam kau. hahahaha. 


Satay bakar malam raya terkejut. Pukul 12 lebih baru sampai rumah. Pukul 3 pagi baru abes membakar 100 batang satay. 


Satay ayam dan Daging. 


Miss U Abah. Semoga Abah ditempatkan dikalangan para solehin. 8 Mei 2022 genap 4 bulan 10 hari Abah meninggalkan kami . 


Anak-anak beraya rumah Mak Su dia dengan sepupu , Chinta Inara . Time ni mata dah tak boleh celik, kitorang dah membuta kat rumah my ma. hahaha


with Mak Su nya. Pak Su nya tak ada pulak gambar


#TeamRayaKedah


#TeamRayaKelantan


Sebahagian duit raya anak-anak. Tak la sama dengan Bilal punya. RM200 sorang mak dah simpan kat dalam SSPN. Nanti senang nak claim LHDN . Balance mak pinjam. Beli jajan korang jugak. hahaha

Semoga bertemu lagi ya Ramadhan tahun depan. Semoga kita dapat berkumpul lagi raya Aidilfitri tahun depan . Semoga tak ada penyakit-penyakit yang pelik2 dah lepas ni. 




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)