Tuesday, October 05, 2021

My Last 3 Series Birthday Celebration


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. Entry birthday terakhir untuk tahun ni kot. hahaha. Semua dah sambut birthday . Penutup mestilah birthday Queen pulak. Dah pembuka dengan Kingnya kan. hehehe

September babies munculkan diri. Dah masuk Oktober dah pun kan. Hari ni hari pertama kerja di ofiz. Entry ini ditulis semalam. hahaha. Tak tahulah macam mana hari ni yer. Semoga anak-anak baik2 dirumah pengasuh dan dalam jagaan Allah sentiasa . 

Masa birthday tu mestilah kat rumah kan. Mula-mula suprise yang pertama, Ad dan Am datang bawak kek dan hadiah . Aduhai terharu mak. Dah la tak mandi lagi kot. hahaha. Selenga je keluar amik gambar dengan baju ntah apa2. Kalau tau ada surprise mesti mandi dulu. hahaha. Dah tahu, tak jadi surprise la kan 



Yang kedua, dari my cinta hati dunia akhirat la. Yang kelakar, planner tu call dia kata nak datang. Masa tu saya tengah mandi kot. Hp tak angkat. Pelik dah kena planner tu boleh call dia pulak. Dia kata ada orang nak hantar barang. Ingat Ziera. Sebab dia ni memang kaki surprise kan. Planner datang, saya tanya siapa bagi. Eh rupanya my hubby yang bagi. Dah tu memikir la macam mana dia bayar kan sebab duit semua TAC kat hp saya kan hahahaha. Rupanya dia suruh transfer kat kawan dia, kawan dia transfer kat planner. Sweet sangat suami kita. hahahaha

Tq Sayang, love you so strong lah. 





Terima kasih sayang untuk hadiah birthday in advance ni. Tak ada review lagi kan. Nanti kita review hadiah birthday ni. Pilih sendiri dengan duit my hubby. hehehe


I love you sayang 

Belah petang baru sempat nak potong kek dan makan kek sebab my hubby busy kerja hari tu. hehe. Alhamdulillah. Syukur pada mu ya Allah atas rahmat dan rezeki pada ku dan keluarga ku . Semoga dengan pertambahan umur ini akan memberi lebih lagi peluang untukku menambah amal untuk mengadap Mu .Semoga Kau menjemputkku dalam Khusnul Khotimah Ya Allah. In Sya Allah


Ummi loves you anak-anak dara 


Ok . Akhirnya, kaki suprise muncul jugak belah petang belanja kami minum kopi. Tq Ziera.


Semoga cinta kita sampai syurga, In Sya Allah. Menyintaimu kerana Allah. 


Tq Ad mengingatkan dah nak masuk umur subsidi 


Sweeet sangat ...💖



Tq Kak Long dan Long


Tq Ad

Terima kasih jugak buat sahabat dunia akhirat yang wish di IG, Fb dan Whatsapp. Semoga segala doa-doa yang baik kembali kepada kalian jua. Aaaminn. In Sya Allah
Rasulullah SAW bersabda: "Seorang lelaki telah menziarahi saudaranya kerana Allah SWT, lalu Allah SWT menghantar kepadanya seorang malaikat, lalu malaikat itu bertanya: Ke mana kamu hendak pergi? Lelaki itu menjawab: Saya hendak menziarahi saudaraku. Malaikat bertanya lagi: Adakah kerana sesuatu hajat kamu ke sana? Jawab lelaki itu: Tidak, akan tetapi aku kasih kepadanya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku telah diutuskan oleh Allah SWT mengasihi kamu kerana kamu mengasihi saudaramu kerana Allah maka pastilah bagi kamu syurga." (Riwayat Muslim)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)