Tuesday, September 28, 2021

Sambutan Hari Lahir Nur Nayla Hazeeqa & my hubby 2021

Assalamualaikum. Hari ni kita kasi throwback lah .Sambutan birthday my Nayla untuk tahun 2021. Birthday my Nayla biasa berkongsi dengan my hubby je lah. hahaha. Nasib la birthday dekat -dekat . Tahun 2021, kebetulan ada kat kampung masa tu, sebelum MCO masa tu , sempat lah sambut birthday Nayla kat kampung dengan family my hubby. Lupa nak buh nama my hubby kat kek sekali. Sebab my Nayla yang pilih sendiri kek kan. hahaha. Ampun sayang. hahaha


My Nayla dengan kek pilihan dia 


Gambar family . Tengok siapa yang terlebih senyum


Pizza sponsored by anak buah my hubby. Tq Nina. Kawan dia katanya buat pizza tu. 


Dah kenapa muka kena pukul sorang-sorang ni. hahaha


Ok la last. Tu je gambar yang ada


Dah 8 tahun dah usia anak dara Ummi. 


Happy 8th Birthday Nayla. Kami doakan semoga Nur Nayla Hazeeqa menjadi anak yang solehah, baik budi pekerti, menjadi contoh yang baik untuk adik, saling berkasih sayang sesama adik beradik dan tak selalu sangat sentap. hahaha. Semoga kejayaan selalu menjadi milik 'adik' dan setiap doa Ummi dan Abah akan selalu mengiringi setiap langkah adik. Ummi , Abah, Kakak dan adik sayang 'adik' sangat-sangat tau. Tetap 'adik' dihati Ummi selalu walau dah jadi kakak tetap panggil 'adik' . 






Untuk my hubby, happiest 42nd birthday. Tahun kedua dah 4 siri. Tahun depan eliss pulak 4 siri. hahaha. Semoga kita saling cinta menyintai kerana Allah sampai syurga abadi. Semoga cita-cita sayang tercapai dan setiap doa akan mengiringi setiap usaha yang sayang usahakan.  


Hadiah hari lahir tahun ni . Bijak kan beta tapi jarum jam tak bergerak dah . Nanti tolong baiki ye. Lagi satu, bila nak sambung mengecat rumah. hahahaha. Tak sabar dah nak pasang frame baru dan lampu retro kat bilik belakang tu. Slot deko @elissmie pun dah lama tak bersiaran. hahaha

Daripada Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak berhajat untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya.”  - Sahih Al Bukhari 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)