Tuesday, June 08, 2021

Ayam Sos Tiram KhairulAming

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak musim PKP 3.0 kembali ni. Rasanya dah macam-macam resepi kot try kan. Resepi ni masa bulan puasa saya try itu  hari. So mana yang tak tahu nak masak apa hari ni boleh la cuba resepi ni. Resepi ni bukan sahaja boleh dimakan dengan nasi putih malahan ngam dengan Nasi Ayam. Kena dengan selera keluarga saya dan yang terpaling penting mestilah my hubby. hahaha


Ni buat masa bulan puasa hari tu. Juadah berbuka kekdahnya. 



Ni repeat hari tu. Ayam Sos Tiram dengan Nasi Ayam. Cuma bezanya, ayam dah direbus terlebih dahulu untuk saya dapatkan stok untuk buat Nasi Ayam. Tapi perapannya saya tak letak garam dah sebab dalam stok ayam saya dah letak garam. 


Ni hari ni. Masak untuk anak-anak jiran yang mana jiran saya suami isteri sedang dikuarantin di Maeps. Semoga Allah memberi kesembuhan buat jiran saya ni dan pelihara anak-anak ini dibawah jagaanNya. Dan saya diberi ilham untuk masak apa 


Jom kita tengok video dari KhairulAming macam mana nak buat. 




Jom kita cuba yer. 

Resepi Ayam Sos Tiram @ Kredit to : KhairulAming

Bahan2/Ingredients:

[Ayam Tiram]
๐ŸŒ•1/2 ekor ayam (1/2 whole chicken)
๐ŸŒ•Garam (salt)
๐ŸŒ•5 sudu sos tiram Mahsuri (5 tbsp Mahsuri oyster sauce)
๐ŸŒ•1 sudu kicap manis pedas Mahsuri (1 tbsp Mahsuri sweet and spicy soy sauce)
๐ŸŒ•1/3 cawan minyak masak (1/3 cup cooking oil)

[Sos Thai]
๐ŸŒ•6 biji cili (6 chillies)
๐ŸŒ•5 ulas bawang putih (5 cloves garlic)
๐ŸŒ•1 sudu sos tiram (1 tbsp oyster sauce)
๐ŸŒ•2 sudu sos ikan (2 tbsp fish sauce)
๐ŸŒ•3 sudu gula (3 tbsp sugar)
๐ŸŒ•3-4 biji limau nipis (3-4 limes)
๐ŸŒ•Daun ketumbar (coriander leaves)

Cara-caranya : 

Bakar dalam Air Fryer dalam 200  C selama 20 minit. 

Jika ayam dah rebus, saya masukkan dalam Air Fryer Russell Taylors 180 C dalam 15 minit dan terbalikkan ayam dan panas lagi 10 minit

p/s: Resepi ni tak boleh goreng KhairulAming kata sebab nanti meletup-letup macam volcano. Saya pun tak pernah cuba nak goreng. haha

Macam mana? Nampak mudah dah menyelerakan bukan?

Rasulullah  ๏ทบ  bersabda: "Tidaklah seseorang hamba apabila tertimpa musibah lalu dia mengucapkan :

ุฅِู†َّุง ู„ِู„َّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนُูˆู†َ، ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃْุฌُุฑْู†ِูŠ ูِูŠ ู…ُุตِูŠุจَุชِูŠ ูˆَุฃَุฎْู„ِูْ ู„ِูŠ ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْู‡َุง

(Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya), melainkan pasti Allah akan menggantikan buatnya sesuatu yang lebih baik darinya." (Hadith riwayat Muslim, no. 918, Abu Dawud, no. 3119, Ahmad, no. 26635)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)