Thursday, December 24, 2020

Pengalaman Pertama Kali Menjadi AJK dan Speaker Webinar Infostruktur Secara Maya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Setelah bertungkus-lumus selama lebih kurang 4 bulan menjadi Publicity Officer untuk Webinar Infostruktur , salah satu ICT event yang dianjurkan ofiz saya setiap tahun, akhirnya berakhir sudah tanggungjawab saya untuk event ini. Tahun sebelum ni ICT event dianjurkan di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Tak silap sepatutnya tahun ni di UiTM Cawangan Melaka tapi dek pandemik maka inisiatifnya untuk membuat anjuran webinar yang seratus peratus secara online. 




Agak mencabar kerana perlu buat hebahan dalam talian saja samada melalui emel, fb post dan portal hebahan UiTM sendiri.Poster nak tampal pun tak siapa datang ofiz. Yang datag pun tak alert ada poster. huhuhu.  Target untuk dapatkan banyak view tu yang mencabar kan. Mujur la masa awal-awal tu ramai yang tak cukup jam latihan , maka rating awal-awal tu sampai penuh la slot. Masa tu ramai yang guna google meet yang boleh tampung 250 peserta saja (sekarang dah kurang balik kepada 100 peserta ) Lesen free education begitulah yer. Lepas tu UiTM up lagi beli Zoom dan Webex. Barulah ok sket tak cramp untuk webinar. Tapi dah hujung-hujung peserta pun dah turun kepada 100 peserta. Namun pada event saya ada lebih 200 orang peserta. Kira ramai jugak kalau depan mata, berdebar teruk gak tu event secara maya. Terima kasih untuk yang join walaupun ada yang tak mendengar. Biasa la kan. Kita buat kat orang , macam tu la orang buat kat kita. Eh. hahaha 

Webinar tu apa? Webinar ni adalah Online Seminar. Bila korang attend webinar, semasa webinar, speaker boleh berkongsi screen mereka secara LIVE ketika sesi webinar berlangsung. 



Antara Hebahan saya pada https://news.uitm.edu.my/



Antara Hebahan pada page rasmi ofiz saya


Merasa menjadi speaker. Sendiri hebah sendiri jadi speaker. hahaha. Kesian. 
Boleh jugak kalau korang nak dengar saya membebel kat sini. hahaha


Semoga bermanfaat ! 


Bersama team dibelakang tabir. 


Tq korang 


💓💓


Bagi staf dan pelajar UiTM masih lagi berpeluang menyertai Pertandungan yang kami anjurkan ni


Link ke page Competition yang dianjurkan atau klik : 


Tarikh tutup  Infostruktur Webinar 2020: Digital Challenge: 31 Disember 2020

1)    Digital Marketing Campaign Competition

2)    Digital Storytelling Competition

3)    Data Storytelling & VisualizationCompetition

4)    Online Curriculum Vitae Competition

 

Penyertaan adalah terbuka kepada semua staf dan pelajar UiTM.

 

Terdapat DUA (2) kategori pemenang untuk setiap pertandingan yang diadakan iaitu:


·         KATEGORI STAF        : JOHAN, NAIB JOHAN DAN TEMPAT KETIGA

·         KATEGORI PELAJAR  : JOHAN, NAIB JOHAN DAN TEMPAT KETIGA


p/s: 

Masih lagi menghebahkan selagi tak tutup tarikh pertandingan. Gila glemer Publicity Officer. hahaha

TQ jugak kepada semua AJK yang terlibat . Tanpa kita siapalah Infostruktur Webinar. haha



Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu tetapi menyembunyikannya, Allah akan mencambuknya dengan cemeti daripada api pada Hari Kiamat.Hadis riwayat Imam Abu Daud (3658) 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)