Wednesday, December 02, 2020

Cara Menuntut Wang Tidak Dituntut Secara Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak share yang korang dah boleh menuntut wang yang tidak dituntut secara online seratus peratus tanpa perlu pergi kemana-mana.Sebelum bermula kita semak dulu apa yang diperlukan.Kalau tak ada ni tak boleh proceed.

Yang diperlukan : 
  • komputer dengan talian internet
  • satu salinan kad pengenalan depan dan belakang (ambil gambar je guna smartphone korang) 
  • salinan buku bank atau statement bank yang ada maklumat nama dan no akaun bank korang yang nak wang tidak dituntut tu masuk. 
Saya punya statement saya dapatkan di Bank Islam sebab akaun saya memang tanpa buku dan nak dapatkan statement online tu tak dapat pulak. Kebetulan hari tu pergi bank nak bank in duit RM5 yang my hubby kumpul . Susah jugak tak ada ATM yang terima note RM5 ni kan. 

Mula - mula korang kena register terlebih dahulu untuk membuat semakan pada sistem 



Lepas register korang log in



 
Boleh semak ada tak wang tak dituntut. Macam pernah aku lihat template ini. haha




Kalau ada macam ni lah hasilnya. Yang ni yang my hubby punya. Tak tuntut lagi 


Klik je butang teruskan dengan permohonan

Nanti korang kena isi borang untuk pengesahan tuntutan. 

Boleh semak status permohonan korang kat sini. Bila status selesai tu maknanya dah dapat la duit tu. Diorang bukan sahaja hantar email malah SMS jugak yang duit korang dah masuk tau. 

Tak sudah lagi tau. Last step ni . Nampak ada borang tu. Korang klik dan download dan follow arahan pada email yang korang terima. 

Sila muat turun Borang Permohonan Tuntutan dan dihantar bersama dokumen sokongan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Borang Permohonan Tuntutan melalui emel: permohonan_wtd@anm.gov.my/ serahan kaunter JANM Negeri/Cawangan /pos berdaftar kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut. Sila Nyatakan Nombor Rujukan Borang Permohonan Tuntutan sebagai Subjek Emel. Dokumen sokongan adalah dalam format fail PDF dan tidak melebihi 15MB.

Alhamdulillah, duit pun masuk. Boleh la makan pizza. Eh . Dinner malam tadi. hahaha 

Kalau baca FAQ, korang boleh menuntut wang bagi pihak yang lain jika yang nak menuntut dah meninggal. Dokumen tambahan yang diperlukan ada sijil kematian dan sijil nikah. 

Sebaik-baik Infaq Adalah Menafkahi Keluarga
Daripada Thauban RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah." (Hadith riwayat Muslim: 994, at-Tirmizi : 1966, Ibnu Majah : 2760, Ahmad : 21346, 21372, 21416




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)