Wednesday, August 21, 2019

Pengalaman Mencemaskan Tragedi Dapur Terbakar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak cerita pasal dapur lagi . Dapur baru saya tu. Tapi ni berkenaan pengalaman saya yang berlaku akhir bulan lepas. Minggu sebelum balik beraya haji hari tu la kiranya. Nasib baik tak jadi mangsa korban dapur terbakar. Alhamdulillah. huhuhu

Balik kerja macam biasa lah terus ke dapur untuk prepare dinner. Bila balik sekolah dua beradik tu duk tengok tv . My Nawfa macam biasa la, kat situ ada mak, kat situ lah dia. Main kat dapur. Biasa mak umpan dengan biskut bagi duk diam. Kalau tak bergayut kat kaki. hahaha. Hari tu saya masak simple je , Mee Rebus Terengganu. [ Resepi boleh rujuk sini] . Banyak sangat iklan . Kisah. Blog mak kan. 

Tengah-tengah nak tumis tu, tiba-tiba minyak menitik dari hood saya rasa,terus menyambar periuk dan sekelip mata api marak. Kenapa hood ada minyak? Saya pun tak perasan minyak terperangkap kat situ dalam fan hood tu. Yang makin worst tu mak is panic. huhuhu. Gi simbah pulak air. Amik kau makin marak api. My Nuha kebetulan baru keluar bilik air depan dapur tu. Dia pulak lagi tahu. Tak boleh letak air lah Ummi. Masa tu blur sesaat. hahaha. 

NOTA : Sepatutnya basahkan kain dan lempar kat api tu my hubby cakap. 

Kata kuncinya panik. Tak boleh berfikir dengan waras dah time ni. Terus cakap kat my Nuha amik adik bawak pergi depan. Then Allah bagi otak kembali berfungsi. Teringat ada fire extinguisher yang my hubby pasang kat dalam bilik tidur tetamu tu. Terus amik dan sembur kat api yang marak tu. Dah la my hubby tak dak briefing apa pun pasal fire extinguisher tu. hahaha. Kira guna logik akal je la. Sembur mula-mula macam tak jadi. Saya goncang sikit baru la ok. Fuh.Lega tak terkata.Alhamdulillah. Allah masih melindungi kami anak beranak. My hubby masa tu tak balik kerja lagi. 

My hubby beli fire extinguisher ni kat Mr Diy. Korang boleh beli kat sini . Online pun boleh. RM 11. 23. Simpan satu kat rumah boleh guna time kecemasan. Gitewwh. 



https://www.mrdiy.com.my/getsun-fire-extinguisher-500ml-9001385-001001


Jenis foam. Mudah. Sangkut je kat dengan kawasan dapur. Bilik tetamu sebelah dapur je. 

Ada penyangkut sekali disediakan. 


Semasa kebakaran. Ilustrasi pemilik blog sahaja. Kejadian sebenar tak sempat amik. hahaha
Macam tu maraknya api tu. huhuhu. Fan kat hood tu memerangkap minyak.


Keadaan dapur selepas kebakaran. Rentung periuk mak. Nasib baik kabinet dapur terbakar kat plastik dia je. Alhamdulillah. 


Lepas dah habis menggigil, mak sambung masak kembali Mihun Rebus Terengganu Tragedi Dapur Terbakar. 

Korang pernah ada pengalaman terlibat kebakaran ?

 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)