Thursday, March 14, 2019

Resepi Kek Batik Sedap dan Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak share Resepi Kek Batik Sedap dan Mudah yang disediakan oleh ofiz mate saya, Yanie. Bukan sahaja terror hal ehwal web malah pandai buat Kek Batik yang confirm sedap dan mudah nak membuatnya.

Bahan-bahan untuk 2 adunan ni sebenarnya . Jom kita tengok

Resepi Kek Batik Sedap dan Mudah

Bahan-bahan untuk 2 adunan:-

400 gram milo
2 buku buttercup 250 gram
1 tin susu pekat manis
2 paket biskut Marie
1 sudu teh serbuk agar-agar
1 cawan air

Jika satu adunan:-

200 gram milo
1 buku buttercup 250 gram
1/2 tin susu pekat manis
1 paket biskut Marie
1/2 sudu teh serbuk agar-agar
1/2 cawan air

Cara-cara:-

1. Panaskan periuk. Masukkan air kemudian masukkan serbuk agar-gar. Kemudian masukkan buttercup. Tunggu sehingga butter mencair. Masukkan susu pekat manis.
2.Gaul sebati dan panaskan dengan api sederhana.
3. Masukkan milo ke dalam periuk.
Gaul hingga semua sebati dn pastikan tiada milo yang berketul-ketul.
4. Masukkan esen vanilla dalam periuk, gaul sebati dan padamkan api.
5. Susun biskut marie di dalam bekas yang dialas dengan kertas minyak. Masukkan adunan sehingga menutupi biskut.
6.Ulang kembali langkah 5 sehingga 4 lapisan.
7. Simpan dalam peti sejuk selama 2 jam hingga ia keras.

*Potong menggunakan pisau yang tajam dan sehingga kek benar-benar keras.

Jom tengok video amatur



Menyusun biskut pun ada teknik tau. Tengok la video


Sedia untuk dipotong setelah 2 jam


Cantik nampak berkilat atas dia 


Keratan rentas gitu


Terliur bukan. Adunan sampai 5 lapisan gitu.

Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

Daripada Jabir RA lagi katanya, “Bahawa Rasulullah SAW biasanya berjalan dibelakang sekali di dalam sesuatu perjalanan, Baginda menolong orang yang lemah mendapatkan rombongan dan menumpangkan ke atas kenderaan yang dinaikinya serta mendoakan untuknya”.(Hadis Riwayat Abu Daud dengan isnad yang hasan)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)