Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahun lepas lagi dah dilantik AJK 5S. Tahun ni baru nak update. hahaha. Ada jugak sumbangan untuk pejabat. Untuk kenangan kat blog. Bolehlah korang yang amalkan 5S tu buat ofiz mak sebagai benchmarking pulak. 5S ni kalau tak ada sokongan jabatan atau pejabat rasanya tak menjadi dan yang terpaling penting haruslah kerjasama Ketua dan AJK . Baru lah bergerak aktiviti 5S ni. Sekarang jadual 5S penuh sebab bulan Oktober ni dah tamat perkhidmatan sebagai AJK 5S ni. hahaha. Opsss
Apa Itu 5S? Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas,manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.
Sudut 5S ofiz mak
Kasi zoom sikit
Untuk aktiviti labeling untuk 5S ni , tempat pertama kitorang buat adalah bilik mesyuarat.
Label peralatan di dalam bilik mesyuarat menggunakan warna kuning hitam.
Arahan/ Peringatan di buat dengan warna merah hitam.
Menarik pulak bila kerusi disusun ikut warna ni
Suis pun label
Tak nak bagi peralatan beralih tempat gitu kekdahnya
Susun mengikut warna kerusi dan label
Bersih white board kami sental dengan thinner.
Untuk labeling kami gunakan acrylic tape ni. Memang tahan .
Ini pulak sudut Go Green ofiz mak
Close up sikit. Menarik kan
AJK yang terlibat.
Close up AJK sikit. Ni pun ada AJK yang tak dapat join.
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Bukannya orang yang kuat itu orang yang menang dalam pertarungan, tetapi orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)