Assalamualaikum dan Selamat Petang . 2 minggu lepas masa gaji tu terus saya keluarkan duit sebab nak settlekan urusan bayaran sebab nak balik kampung masa tu. Sekali mesin ATM macam hang gitu. Lama proses nak keluarkan duit tu. Jenuh menunggu saya tekan butang Cancel. Sekali bila semak balik kat ATM tu, duit dah ditolak dari Akaun Bank Islam.Amaun pulak agak banyak. Cuak jugak mak. Lepas tu terus call Call Centre Bank Islam 03 26900900.
Memang agak lama jugak cuba untuk bercakap dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan tu dan sampai sistem arahkan untuk masukkan nombor telefon untuk dihubungi balik. Saya dah tinggalkan nombor tu tapi sebab tak puas hati kan, saya cuba lagi telefon sampai berjaya. Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Bank Islam call balik dalam pukul 3 lebih. Saya tinggalkan nombor pada pukul 11 pagi lagi.
Perkara pertama korang kena tahu adalah berkenaan maklumat akaun korang la untuk diorang trace, ATM mana yang korang keluarkan tu, pukul berapa kena tu, berapa jumlah yang korang keluarkan , balance dah tinggal berapa dan bila last korang keluarkan duit . Nak senang kalau bank islam, terus check internet banking kan.Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Bank Islam cakap duit akan masuk balik dalam 5 - 7 hari. Kebetulan masa tu cuti bersambung sambung kan 6 hari lepas baru saya dapat duitnya. Alhamdulillah dipermudahkan .
6 hari lepas dah masuk balik duitnya
Pertama kali kena macam ni kat ATM Bank Islam. Nasib Ad pun pernah mengalami perkara yang sama. So kalau dah kena tu cuba bawa bertenang dan tarik nafas dalam dalam. Ok hembus. Lepas tu google nombor Call Centre bank yang telan duit korang tu. hahaha. Semoga tips ni membantu dapatkan balik duit tidak keluar Dari ATM tu. Tak kira mana-mana ATM, prosedurnya sama je .
Korang pernah kena macam ni ?
Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)