Assalamualaikum.Hai..Abes lah diet mak duk menayang resepi dari Pressure Cooker Russell Taylors ni. Setiap hari ada je menu nak cuba. Selagi tak cuba rasa tak lengkap. Orang share resepi Nasi Arab terus rasa nak buat sendiri. Teringat kawan blogger Zaila tu, terus order seterika dan rempah nasi arab. eh. hahaha. Tapi Zaila mestilah guna noxxa, mak aim je dari jauh nak buat nasi arab PC tu tapi guna PC marhaen mak la seperti biasa. Boleh whatsapp Zaila laju-laju yer : www.wasap.my/60129706828
Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer : Russell Taylors PC Users (Malaysia).
Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer : Russell Taylors PC Users (Malaysia).
Saya buat Nasi Arab ni just ikut je resepi belakang kotak Nasi Arab Mandy dan Kabshah jenama Al Bayt ni. Saya beli 2 kotak. Tapi satu kotak nasi dalam 3 cawan beras ajer. So jadilah Nasi Arab kahwin nama dia. Nasi saya guna rempah Kabshah dan untuk ayam saya guna rempah Mandy . Sebab nak makan ramai kan . Satu kotak tu boleh untuk 3-4 orang dewasa.
Nasi Arab Kabshah & Ayam Mandy @ Russell Taylors Pressure Cooker by Eliss
Ayam Bakar Mandy
Bahan- bahan
1 ekor ayam di belah empat
5 ulas bawang putih dikisar
2 sudu rempah Mandy
garam dan 1 sudu minyak
Lumur ayam dengan rempah , bawang putih dan garam
Cara-cara
1. Onkan PC dan tekan bake P10 , masukkan minyak. Masukkan ayam dan balikkan untuk kesan garing pada ayam ( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Chicken(default P15) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC.
* Jika suka boleh campurkan minyak ayam ke dalam nasi
Untuk Nasi Kabshah :
Bahan-bahan;
Beras direndam selama 20 minit dan toskan.
Kisar 1 ulas bawang besar dan 5 ulas bawang putih
Rempah 4 sekawan dan lumi
6 cawan beras basmathi 4 cawan air
2 sudu besar garam
2 sudu besar rempah Kabshah
2 sudu besar rempah Kabshah
Cara-cara
1. Onkan PC dan tekan bake P10 , masukkan minyak, tumiskan bahan kisar,rempah 4 sekawan, lumi dan 2 sudu besar rempah Kabshah. Masukkan beras, air dan garam ( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Rice (default P12) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi arab sehingga mesra dan masukkan ayam tutup kembali penutup PC dan tunggu sehingga PC sejuk dan sedia untuk dihidangkan.
Sos Harah
2 biji tomato, 1 biji cili padi, daun ketumbar,garam dan satu sudu perahan lemon dikisar tanpa air
Salad Arab
2 biji tomato , 1 batang timun dipotong dadu
Hiris halus bawang besar dan daun ketumbar
Gaulkan semua bahan dan masukkan garam dan lada hitam
Saya tak buat pun Sos Harah tu sebab my hubby lagi suka buat sos nasi ayam. Selera tekak melayu kekdahnya. Arab mabuk. hahaha. Siap perkasam lagi.
Ayam Mandy Bakar
Close up Ayam Mandy Bakar
Saya tak buat pun Sos Harah tu sebab my hubby lagi suka buat sos nasi ayam. Selera tekak melayu kekdahnya. Arab mabuk. hahaha. Siap perkasam lagi.
Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ?
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie