Macam mana ? Dah terpengaruh nak beli PC? Especially PC Russell Taylors lah kan. Bak kata Zira, memang berbaloi kak Eliss beli . Mesti lah kena berbaloi kan setimpal dengan duit my hubby yang terpaksa cancel beli helmet tu. Bulan ni beli helmet yer. hahaha
Oh, lupa nak cakap. Bagi Sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer : Russell Taylors PC Users (Malaysia). Yang tak tahan tu siap dilantik sebagai admin. Pun boleh. Kena la rajin masak yer.
Resepi Nasi Goreng @ Pressure Cooker Russell Taylors by Eliss
Bahan-bahan :
4 cawan beras
2 sudu besar minyak untuk menumis
Sawi dan lobak
Ayam yang dipotong kecil
Garam secukup rasa
Air secukupnya
2 sudu besar minyak untuk menumis
Sawi dan lobak
Ayam yang dipotong kecil
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara-cara:
1. Onkan PC dan tekan bake P10 , tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan, kemudian masukkan cili boh sehingga pecah minyak. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Masukkan beras, sayur, garam dan air sama seperti masak nasi putih ( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Rice (default P12) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi goreng sehingga mesra dan tutup kembali penutup PC dan tunggu sehingga PC sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

** Jika cuba nasi goreng masa tengah panas tu, nasi macam jelantah sedikit. Tapi lepas PC dah sejuk, nasi goreng enak dimakan tanpa rasa jelantah lagi.
Nasi Goreng Pressure Cooker Russell Taylors
Sukatan air untuk nasi
Resepi Nasi Minyak @ Pressure Cooker Russell Taylors by Eliss
Bahan-bahan penumis :-
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
2 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih, dimayang halus
1 inci halia
4 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Bahan-bahan :-
2 cawan susu sejat ideal
1 sudu kecil pewarna kuning
3 cawan beras . Rendamkan terlebih dahulu sebelum memasak.
1 ikat daun pandan
1 kiub ayam knor
2 sudu besar tomato puree
Cara-cara :-
1. Onkan PC dan tekan bake P10 ,panaskan minyak sapi dan mentega kemudian tumis bahan - bahan penumis yang lain hingga wangi. Kemudian masukkan tomato puree, kiub ayam , susu, pewarna kuning dan daun pandan.Kemudian masukkan beras kedalam periuk dan masukkan air sehingga paras sukatan nasi gambar diatas ( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Rice (default P12) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi minyak sehingga mesra dan tutup kembali penutup PC dan tunggu sehingga PC sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Tumis dengan fungsi bake P10
Sukatan cecair yang diperlukan sama seperti sukatan air nasi diatas
Nasi Minyak Pressure Cooker Russell Taylors
Nasi minyak PC yang digandingkan dengan gulai ayam, acar jelantah dan sambal belacan resepi ibu mentua :)
Resepi lengkap boleh rujuk disini : Nasi Minyak Oren dan Gulai Ayam Terengganu
Resepi Nasi Lemak @ Pressure Cooker Russell Taylors by Eliss
Bahan- bahan
4 cawan beras
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit garam
2 inci halia diketuk
2 ulas bawang besar dihiris
1 cawan santan kotak
Air secukupnya
Cara-cara
1. Masukkan beras, santan, daun pandan, garam dan halia. Pastikan sukatan cecair sama seperti masak nasi putih ( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Rice (default P12) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi lemak sehingga mesra dan tutup kembali penutup PC dan tunggu sehingga PC sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Campak dan tekan sahaja
Masa by default.
Saya akan sentuh tepi badan ni untuk pastikan PC panas sebab ada sekali tersenget periuk timer tak akan berjalan dan PC tak panas.
Dia akan statik macam ni jika tak mula masak lagi
Kalau timer bergerak maknanya dia tengah masak la tu
Jika perasan masa tengah masak, skru dekat lubang tu akan ternaik dan akan terturun bila dah habis pressure
Tanda dah siap masak
Halakan valve ke exhaust untuk keluarkan pressure
Nasi Minyak Pressure Cooker Russell Taylors
Best guna pc sebab tak berkerak
Close up nasi lemak PC
Sedia dihidangkan dengan sambal sotong dan ikan tongkol, telur rebus dan brokoli sebab terlupa beli timun.
Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ?
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie
Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Saihan, Jaihan, Furat dan Nil, semuanya itu adalah nama-nama
sungai di syurga." (Riwayat Muslim)