Korang masih ingat kos tudung dua muka saya ? Tak ingat, boleh baca sini. Hari ni saya bukan nak tunjuk cara nak buat tudung, masih lagi upah orang jahitkan tudung saya.Kali ni untuk hari raya pun saya beli kain sendiri dan minta tolong Rai jahitkan. Terima kasih Rai. Saya pun sekarang memang beli sendiri jer kain lagi berbaloi beli kain sendiri dari beli tudung yang dah siap tu. Nampak tak ayat penjimatan kat situ. hahaha. Ok la, berbalik pada kisah sebenar, hari ni saya nak up sket iaitu tambah blink blink sket kat tudung korang tu.
Yang korang perlu cumalah seterika dan hotfix atau batu yang hanya perlu gosok atas tudung tu. Nak cari yang dah siap design pun boleh dan yang kena tampal sendiri pun boleh. Ikut suka korang, tudung korang kan. Saya punya, saya beli yang bunga untuk saya dan hello kitty untuk my Nuha.
Yang ni RM 3 satu keping.. Lupa nak amik yang my Nuha punya sebelum kena gunting,
RM 5 untuk 2 hello kitty
Mula-mula korang buka kertas putih kat belakang tu, tapi yang bunga tu tak ada pun kertas putih. So tinggal yang lutsinar macam plastik tu dan batu kat bawah. Tampal kat tudung
Close up sket
Amik sehelai kain lain, lapik dan gosok batu tadi. Slow jer buka seterika tu jangan panas sangat.
Dah siap gosok, korang tarik plastik tu..
Tadda...Cantik kan?
Model yang menggayakan.. Haruslah tuan punya tudung my nuha
Menarik kan?
Mak pun tak nak kalah..hahaha. Padahal tak siap lagi jahit tudung tu. Biasa la buat 2 muka untuk tudung sendiri.
Kos 2 helai tudung RM 22.81 + RM 3 + RM 2.50 : RM 28.31 .
Jom blink blink hari raya !!