Salam Ramadhan yang ke 25. Baru nak bersiaran . Macam banyak nak menulis tapi tak sempat. Sepanjang ramadhan ni, 2 kali saya berbuka kat luar. Selebihnya makan kat rumah. Saya masak dan ada juga my hubby beli sket-sket untuk tambah especially untuk moreh tu pun dia beli kat kedai makan bukan bazar ramadhan. Disebabkan my hubby jenis yang tak boleh sahur, bangun makan kurma jer , so memang terpaksa la join dia moreh. Chewah. Terpaksa gitu. Memang kira kalori kelaut dalam bulan puasa ni . Kita continue lepas puasa lah yer. Ke lepas syawal? hahaha
Yang ni berpuasa hari ke 5, dapat jemputan berbuka puasa di Al-Rawsha Restaurant. Sampai-sampai jadi bidan terjun carikan table untuk yang join berbuka hari tu. Sekali tengah tengah beratur amik makanan dah bunyi azan. Tak perasan jam habis bateri masa tu. Orang dah mula makan baru terhegeh-hegeh nak amik makan. So tak ada la gambar mak dan makanan. So korang layan la gambar 3 ketul ni , tu pun nampak mak sipi-sipi. Kesian kan.
Salah satu gambar mak, tengok kat lain pulak.
Diorang dah amik makanan dan tengah tunggu waktu berbuka. Nampak la my hubby secebis kat situ..hahaha
Dalam seratus orang yang join berbuka hari tu . Terima kasih kepada pihak syarikat yang belanja kami.
Ramadhan Buffet 2017
Dewasa : RM 55 + GST
Kanak-kanak ( 6 tahun - 12 tahun) - RM 25 + GST
Untuk tempahan : 03 5524 3584
Facebook : https://www.facebook.com/Al-Rawsha-Restaurant-142261482522600
Menu yang disediakan :)
Overall, makanan ok ( 3/5 bintang ) , service so far ok la, ada la jugak dia tambah makanan bila habis. Surau ada disediakan bawah tangga tapi leceh nak amik air sembahyang sebelah surau yang disediakan tu, Lepas makan kat situ, boleh terawikh kat surau berdekatan.