Hari ni kita JJCM @ elissmie. Memang selain masakan western dan semestinya melayu, masakan cina paling in dengan tekak saya. Kali ni pakatan hari lahir sempena birthday Ad, dia bawak kami pergi makan Dim Sum kat Westside Bistro Shah Alam Convention Centre (SACC), Malaysia. Saya memang dah lama mencari Dim Sum yang sedap tapi tak jumpa lagi. Dulu makan kat Restoren Mohd Chan , sedap jugak tapi dah lama tak pergi. Ni Ad beli promosi kat groupon .
Ruang makan Westside Bistro. Masa kami sampai tu memang tak ada orang, kami jer. Kami pergi hari Jumaat. Tempat dia memang besar tu jer.
Sebelum makan kita posing dulu
Ad, Kak Ema dan Ida
Tuan tanah kedaung dengan Kak Ema
Jemput tengok. Belasah jer guna chopstick janji masuk mulut . Tq Ad belanja kami makan
Dim Sum :)
Mula-mula waitress datang bagi list menu Dim Sum untuk kitorang pilih. Boleh pesan 10 jenis dim sum satu masa .Satu set tu ada 2 ketul jer. Dia bukan buffet sangat sebab bila kita order baru dia buat. Dah la dapur dia berpisah dari tempat serve. Memang lambat jugak la dapat makan. Nasib la ada disediakan side dish selain Dim Sum semata-mata. Yang saya duk ulang Chilled sea coconut with longan. Sedapnya sejuk-sejuk.
Kami pilih jenis yang steam dari yang fried sebab yang fried keras sket . Tapi agak mengecewakan juga sebab nampak sangat yang frozen dan bukan freshly made. Dah la masa yang second batch dapat tu siap sejuk lagi sebab tak kukus lama. Lepas tu kami cakap kat diorang suruh kukuskan bagi lama sket baru ok nak makan.
Bagi nak lepaskan mengidam boleh la, tapi nak sedap saya tak recommend. Lagi sedap Dim Sum yang jual tepi jalan kat rumah saya tu. Din Sum. Lama tak buka Din Sum tu.
Menu
Steamed dim sum
Steamed chicken dumpling
Steamed fish ball dumpling
Steamed seaweed golden roll
Steamed prawn dumpling
Braised chicken feet with black bean sauce
Steamed barbecue chicken bun
Steamed long bean dumpling
Steamed salted egg dumpling
Steamed button mushroom dumpling
Fried dim sum
Deep fried beancurd roll
Salad prawn
Deep fried Vietnamese rolls
Deep fried beancurd prawn roll
Deep fried wantan dumplings
Thai fish cakes
Deep fried crispy otak-otak roll
Crispy beancurd roll
Porridge and rice
Porridge with fish, chicken, and groundnuts
Salted egg seafood fried rice
Dessert
Chilled almond pudding with longan
Chilled sea coconut with longan
Crispy sesame ball
Mini egg tarts
Mixed fruits
Jasmine tea
Promosi Groupon
Lunch for 1 person for RM45 instead of RM58
Lunch for 2 people for RM85 instead of RM98
Lunch for 4 people for RM160 instead of RM196
Westside Bistro
Shah Alam Convention Centre,
No 4, Jalan Perbadanan 14/9,
40000 Shah Alam
Call 03-5511 8858
Shah Alam Convention Centre,
No 4, Jalan Perbadanan 14/9,
40000 Shah Alam
Call 03-5511 8858
"Janganlah engkau memalingkan muka dan para manusia sebab kesombongan dan janganlah
berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang
sombong dan membanggakan diri." (Luqman: 18)