Tuesday, February 14, 2017

Sejauh mana keberkesanan Sistem Frog VLE ?

Minggu lepas, my Nuha balik sekolah dia cakap cikgu suruh buat assignment kat Frog. Apa mender pulak ni. Mak pun google lah . Rupanya Sistem Frog VLE ( Persekitaran Pembelajaran Maya VLE Frog) . Mak aih. Hangen pulak maknya. Nasib la maknya kerja IT. Yang maknya tak kerja IT macam mana? Kesian kat anak-anak yang terpaksa seiring dengan arus IT. Mana yang tak ada internet kat rumah, nak buat kat mana? Nak angkut anak-anak pergi kedai mamak? Guna apa? Laptop? Kalau tak ada laptop? Dah la tak mobile friendly. Bukan semua orang ada laptop atau PC kat rumah. Kalau smartphones yer saya jamin, semua ada, atleast satu. Data pun bukan free.Semua kena bayar. Bukan semua ibu bapa senang nak ada unlimited mobile data. Ada orang , makan pun boleh terlepas kadang-kadang.

Terus terang saya cakap, saya yang buat assignment anak tu. Nasib lah kan. Dah try kat handphone tak jalan. Lepas dah siap saya print bagi kat anak. Kot cikgu duk menanya kan . Jawapan semua ada dalam buku teks dia. Saya snap gambar siap-siap dan buat latihan untuk dia. Dari hati sakit, dia asyik duk menanya bila nak buat assignment dia. Mula-mula dah la password yang dibagi cikgunya pun salah. Support system pun macam tak jalan ajer kat sistem tu. Dapat la email notifikasi, sampai situ jer la. Tak ada feedback dah. Suruh dia tanya cikgu dia balik, 2-3 hari baru dapat password baru.

Manual kat sistem pun tak berapa nak betul. Lagi sakit hati berganda.Ni saya mudahkan cara-caranya untuk panduan ibu bapa yang nak buat assignment anak tu.haha. Semoga Allah juga permudahkan urusan korang dan saya dunia akhirat.

1 . Mula - mula korang log in kat sini http://1bestarinet.net/?page_id=915#tips

2 . Skrol kebawah sket akan ada Carian Sistem Frog VLE . Pilih sekolah anak korang. Masukkan Negeri, Daerah dan nama sekolah dan tekan butang Search. Klik kat VLE Web Address sekolah masing-masing. Kan sampai sudah tak dapat log in. Siap-siap bookmark VLE Web Address anak korang pada PC atau laptop masing-masing. Lain kali tak perlu nak buat carian dah.



3. Akan ada log in page macam ni. Masukkan username dan password yang dibekalkan oleh guru sekolah . Biasanya Yes ID atau username adalah username@Yes.My . 


4. Dah masuk, klik pada Quick Launch dan klik pada Assignments. 


5. Klik pada Assignment yang ada dan tulis jawapan dalam text box dan tekan butang submit Activity. Lepas tu tekan butang Complete Assignment. Untuk pastikan kita benar-benar dah hantar, tengok pada ruangan Submitted, ada tanda tick. 



 Salah satu assignment dia. Dah la tak boleh nak upload. Nasib boleh masukkan dalam blog dan masukkan link dalam assignment tu . Nasib mak orang IT lagi sekali. Nanges. Kalau anak yang buat, mak buta IT, kesian. 

Saya rasa rata-rata cikgu pun tak setuju dengan sistem ini sebab dah banyak terbeban dengan kerja-kerja bukan hakiki yang lain. Dan untuk luar bandar atau kawasan kampung lagilah saya rasa tak sesuai. Pandangan saya, memang tak wajar sistem ini untuk anak-anak buat dirumah. Saya cadangkan agar disediakan kiosk atau bilik yang ada kemudahan internet disekolah dan akses yang ada kepada sistem Frog VLE sahaja untuk murid-murid buat waktu terluang contohnya waktu rehat atau sementara masuk kelas. Tak pun, print jer handout macam biasa tu.Perkara ini sudah saya usulkan kepada mesyuarat PIBG sekolah anak saya dan harap mendapat perhatian sewajarnya. 
   

Apa pandangan korang tentang keberkesanan Sistem Frog VLE ? Mohon pihak Kementerian Pendidikan mengkaji semula keberkesanan Sistem Frog VLE ini.

"Mereka - orang-orang yang beriman - itu sama menggutamakan orang lain lebih dari dirinya sendiri, meskipun mereka itu sebenarnya adalah dalam kemiskinan."  (al-Hasyr: 9)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)