Korang dah tahu ke pasal Kempen Bebas Plastik kepada penduduk Selangor? Kalau tak tahu boleh baca maklumat kat bawah ni dan jangan lupa untuk sokong Kempen Bebas Plastik ni. Boleh klik sini untuk sokong kempen ini : http://www.bebasplastik.my/ Saya setuju 100% . So untuk merealisasikan kempen ini dan tak nak dikenakan caj 20 ¢ setiap kali shopping, siap-siap letak beg barang dalam kereta yer.
Jimat RM2 rasanya ni sebab kalau pergi Checker tak sah kalau tak ada 10 plastik keatas. Kalau kat Pasar Borong Matahari, Klang Utama siap diletakkan kotak depan tu untuk kita guna. Bagi saya lagi bagus tak perlu sediakan langsung plastik tu. Bila dah tak ada pilihan, automatik kita pun memang selalu beringat nak bawa beg barang setiap kali nak keluar beli barang. Sebab mentaliti kita, alah 20 ¢ sahaja ! Selamatkan bumi dan sayangi penyu ( mentang-mentang orang terengganu #jangankecamsaya) #eh :p
Tahukah anda, 71% penduduk Selangor mahu mengurangkan penggunaan beg plastik dan polistirena? Bermula tahun baru 2017, Negeri Selangor akan bebas beg plastik dan polistirena sepanjang minggu! Sertai kempen ini bersama 20,000 penduduk Selangor dengan menandatangani ikrar untuk hidup tanpa plastik dan polistirena pakaibuang!Adalah dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan Kempen Bebas Beg Plastik dan Polistirena mulai 1 Januari 2017. Penguatkuasaan ini akan diadakan setiap hari di semua premis perniagaan di seluruh Negeri Selangor.Pelaksanaannya adalah seperti berikut:
- Beg plastik pakai buang (disposable/single use) tidak akan dibekalkan kepada pengguna secara percuma.
- Bayaran akan dikenakan bagi setiap beg plastik yang ingin digunakan oleh pengguna.
- Penggunaan bekas makanan dan peralatan daripadapolistirena akan dihentikan.
Undang- undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah disemak semula bagi menyokong dasar ini dan peniaga harus bersetuju untuk mengamalkan bebas plastik dan polistirena apabila memperbaharui lesen perniagaan. Peniaga juga akan dibekalkan dengan bahan visual bagi membangkitkan kesedaran orang awam terhadap Kempen #BebasPlastik.
Sudahkah korang berikrar untuk Kempen Bebas Plastik ?
Kalau belum tak apa, janji dah mulakan untuk Bebas Plastik :) Actions speak louder than words , kata Atok Mat Dan ;p