Baru nak cerita pasal persekolahan anak tahun 2017. Nasib la, atleast boleh la buat guidelines untuk korang yang ada anak yang bakal dilantik jadi pengawas tahun 2018 pulak kan. Tahun 2017, my Nuha dilantik menjadi pengawas sekolah kebangsaan. Saya dulu darjah 4 dilantik jadi pengawas sekolah jugak. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Ciri-ciri pemimpin tu ada. hahaha. Mati la mak nak, kena kecam #jangankecamsaya.My hubby pun pengawas sekolah jugak. Kan bias pulak kalau tak tulis. Tapi sekolah saya dulu baju pengawas tak ada lah hebat macam sekarang siap kena pakai vest dan tie bagai. Siap mak kena google lah cara nak ikat tie tu. hahaha. So mak dah expert dah.
Saya guna cara ni . Simple dan mudah. Buat kat tangan jer.10 saat jer siap. Video ini memang awesome.
Saya beli kelengkapan baju pengawas kat Hari hari jer. Baju sekolah agama tahun ni siap-siap beli kat Pasaraya Bintang kat Terengganu masa cuti sekolah hari tu. Nak beli baju pengawas kat Terengganu takut tak sama pulak kuningnya dengan baju pengawas kat sini. Kalau kat Terengganu, baju pengawas warna biru bukan kuning. Untuk my Nuha masa dapat surat lantikan pengawas tu, cikgu dan siap tulis keperluan untuk baju pengawas iaitu :
1. Kain biru susun belakang
2. Kemeja warna kuning air
3. Tudung warna kuning air
So tak ada la mak menggagau kan nak beli baju macam mana. Mula-mula kitorang terjah Hari hari lah kan. Alhamdulillah ada baju sekolah kemeja warna kuning. Tapi saiz pulak tak ada. My Nuha dah la naik badan dia sekarang ni. Ada sehelai saja saiz dia. Saya pergi Pusat Pakaian Hari hari Seksyen 18 , Shah Alam. So try la cari kat kedai kat area tu termasuk Mydin Seksyen 18. Memang tak ada yang jual baju kemeja sekolah warna kuning. So kami call Pusat Pakaian Hari hari yang lain. Masa tu kat Shah Alam, so try la call Taman Sri Muda tapi tak ada jugak saiz my Nuha . Then telefon Klang ada. So kami terjah kat Klang pulak. Dapat lah beli baju My Nuha. Baju saiz tu memang padan tapi tangan pulak labuh. Kain pun sama. Terpaksa hantar jahit pulak.
Harga Baju Pengawas Pusat Pakaian Hari hari
1. Kain biru susun belakang RM 35.90 Alteration Roshni @ Shah Alam RM10
2. Kemeja warna kuning air RM23.90 Alteration Roshni @ Shah Alam RM5
Tudung warna kuning pulak beli kat kedai dalam Giant Klang (RM 12) dan tepi Giant Seksyen 18 (RM13)
Vest RM 30 ,tali leher RM 8 , badge pengawas RM8 kena beli dengan sekolah
Total 1 pasang baju pengawas , 1 helai tudung, vest dan tali leher : RM 125.80
Ni jenama yang biasa-biasa sahaja untuk sepasang . Kalau pilih yang branded tak tahu lah yer. Alhamdulillah mampu menyediakan 3 pasang baju pengawas untuk my Nuha. Harap baju mampu bertahan lah sampai tahun depan. hahaha
Balik sekolah baru boleh snap gambar. Gembira boleh jadi pengawas.
Gambar minggu kedua persekolahan
Tahun ni saya dah hantar my Nayla ke tadika . Dah masuk minggu ketiga, masih lagi menangis. Bila tanya kenapa menangis, dia cakap sebab nak Ummi . Aduhai. Lagi satu sebab mengantuk katanya. Sabar jer la . Tapi adik nangis sekejap ajer. haha. Macam-macam ragam, tak boleh tanya banyak-banyak nanti kena marah. Tanya nama cikgu, hari pertama dia cakap cikgu gemuk dan cikgu kurus. Habislah kalau cikgu dapat tahu. Hari kedua tanya dia kata, nama cikgu dia , cikgu jer. hahaha. Pening mak nak. Apapun Ummi doakan anak-anak Ummi diberi kefahaman untuk menerima pelajaran dan mendapat ilmu yang bermanfaat. Aaminn...
Korang ada anak yang dilantik menjadi pengawas tahun ni ? Kat mana korang shopping baju sekolah anak-anak untuk sessi persekolahan 2017 ?