Banyaknya entry tertunggak. Tak sempat mak nak update blog sejak server tengah migrate ni. Alhamdulillah dah sampai di penghujung migration. Kali ni JJCM @ elissmie sempena pakatan hari jadi untuk kelahiran saya.Memang sebulan tertunggak sebab banyak hal yang tak sempat dielakkan. Tempat yang dipilih di AEON Shah Alam iaitu NY Shack. Tema western kali ni.
Buku menu macam dah ada kat New York dah. Layankan ajer lah.
Ad dan Kak Ema ahli pakatan macam biasa .
Dan ida sekali :) Gambar mak lupa nak posing.
Antara menu yang ada
Menu Burger dan Sandwich
Pilihan Starters dan Pasta
Nak jimat order yang ini
Ruang makan yang sedang-sedang ajer
Pelapik gelas bukan FM :p
Sudu dan garfu.. Bismillah...
Creamy Spicy Salsa with Soutwestern Chicken
RM 20.03
Ad dengan Ida menu yang sama. Yang Kak Ema lambat sampai, gambar pun tak ada. haha
Labu Manis dalam set Creamy Spicy Salsa with Soutwestern Chicken
Diorang cakap sedap.
Banana Milk Shake dalam set Creamy Spicy Salsa with Soutwestern Chicken
Chocolate Milk Shake
RM10.49
Saya makan Southwest Chicken Sandwic. RM 20.03
Menarik kan plating dia.
Close up sket .Fries tolak tepi. Oh kalori. Daging dia kalau lagi juicy lagi syok. Ni overcooked dan dry sket.
Honey Fried Chicken Salad RM11.55
Makanan saya bagi 3 / 5 bintang. Makanan kami cepat sampai tapi kak ema punya lambat sampai. Mungkin kat kitchen kurang orang tapi untuk peak hour macam kami pergi kira boleh dimaafkan lah. Yang penting halal
NY Steak Shack
AEON Mall Shah Alam
Lot G-05, Ground Floor,
AEON Mall Shah Alam,
No. 1, Jalan Akuatik 13/64,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor
Tel: 03-5524 1715
https://www.facebook.com/nysteakshackmy
https://www.nysteakshack.com
https://twitter.com/NYSteakShack