Sekarang dah musim haji kan. Musim haji ni sinonim dengan qurban atau aqiqah. Sekarang semua tempahan qurban atau aqiqah boleh dibuat di hujung jadi dengan eQurban. eQurban Resources Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk membantu menjana ekonomi rakyat setempat seperti di Kemboja dan Indonesia. eQurban dengan kerjasama koperasi setempat mengusahakan ladang ternakan lembu dan kambing.Semua ternakan ini dijaga untuk tempahan Qurban dan Aqiqah oleh umat islam dari seluruh dunia.
Harga untuk setiap bahagian lembu bagi tahun 2016 adalah :
RM350 satu bahagian lembu (Kemboja)
RM550 satu bahagian lembu (Malaysia)
Manakala harga untuk seekor kambing qurban bagi tahun 2016 adalah :
RM800 seekor kambing (Malaysia)
Bagaimana untuk membuat tempahan Qurban atau Aqiqah?
Anda hanya perlu mengikut 3 langkah mudah ini
✓ Klik dan pergi ke halaman http://equrban.com
✓ Pilih bahagian Qurban atau Aqiqah
✓ Kemudian buat pemilihan sama ada Lembu atau Kambing
✓ Isi borang tempahan dan buat bayaran seperti yang dinyatakan
✓ Hantar tempahan.
Semua tempahan akan disahkan oleh pihak admin dalam tempoh 24-48 jam, selepas pengesahan dibuat, anda boleh melihat dalam ruangan arkib tempahan untuk senarai tempahan aktif.
Tempahan aqiqah akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari manakala tempahan qurban akan diselesaikan semasa musim raya haji.
Kenapa menempah Qurban dan Aqiqah bersama eQurban?
Tempahan kambing atau lembu yang dibuat bersama kami akan kami sembelih di lokasi seperti Kemboja, Indonesia atau Mekah (terhad semasa hari raya Aidiladha).
Tujuan utama kenapa ianya disembelih di sana adalah disebabkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan mereka menikmati hidangan daging seperti kita semua di Malaysia.
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah bersabda, “Bercakap dengan perkataan yang baik merupakan sedekah.”