Wednesday, June 29, 2016

Sambal Terung Ili Sulaiman Channel AFC

Assalamualaikum. Dah penghujung ramadhan dah. Paling risau minggu ni sebab server email saya akan dihujani kad-kad raya versi elektronik baik dari orang perseorangan dan jabatan yang syok sendiri siap video bagai.haha.Ampun. Maklumlah nak bercuti panjang hari raya nanti lebih kurang 10 hari.  Semoga kamu baik-baik sahaja wahai server.

Ok dah la pasal kerja. Bosan kan. Kita cerita pasal makanan berbuka puasa lagi bagus. haha. Jangan kecam saya update pasal makan. Kalau tak boleh makan, memang tak mengadap handphone atau pc kan. Saya kan memang suka tengok channel AFC ( Asian Food Channel) kat Astro tuh. Hari tu tengok lah Ili Sulaiman ni ajar masak Sambal Terung , tapi dia sebut Aubergine Sambal lah kan. Terliur sangat terus buat untuk berbuka semalam. My hubby cakap tak pedas. haha. Tu pasal lah saya 
buat. Saya bukan tahan pedas macam dia kan. Tapi dia makan jer. 

Resepi Sambal Terung 

Bahan-bahan:-

2 batang terung dipanggang sehingga kulit menjadi kehitaman. Buang kulitnya .
1 biji limau nipis
Minyak untuk menumis

Bahan-untuk ditumbuk :

2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
4 biji cili padi atau lebih kalau suka peada
4 biji cili merah 

Cara-cara: 

Buang kulit terung yang dipanggang tadi tapi kalau ikut ili dia masukkan dalam mangkuk dan tutup untuk senang buang kulit. Saya rasa senang jer buang kulit dia. Lepas tu hancurkan terung tu tadi dengan garfu. 

Tumiskan bahan-bahan tumbuk dan masukkan gula dan garam kemudian  angkat. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama dengan terung yang dah dilenyek tadi. Perah asam limau. Boleh tambah lagi garam atau gula mengikut kesesuaian rasa korang . 



Ili punya version - credit http://www.asianfoodchannel.com/recipes/aubergine-sambal



Ini versi saya, tak nak kalah ..hahaha


Saya panggang terus jer atas dapur pun boleh. 

Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie


Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)