Salam 12 Ramadhan. Dah masuk 12 hari kita berpuasa. Yer ker. hahaha #mohonterasa bagi yang tak cukup. Hari ni baru free sket so boleh lah mengupdate blog. Nak tayang juadah sepanjang berbuka yang kita suka, boleh? #jangankecamsaya ok !
Resepi Puding Raja
Bahan bahan:
10 biji pisang lemak manis digoreng dengan minyak
1 cawan biji gajus - disangai
Jala emas
Buah prune dibelah dua
Buah ceri hijau
Untuk Kuah Kastard:
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
1/2 tin air
1 cawan gula
Daun pandan
Esen vanilla
Resepi Jala Mas
credit : http://saduranrasa.blogspot.my/2012/01/puding-raja-royale-pudding.html
video : https://www.youtube.com/watch?v=6njP4Ab2kT4
Bahan-bahan
30biji telur ayam – diambil kuning sahaja
800g gula halus
3 helai daun pandan
8 cawan air
Daun pisang untuk dibuat corong
Cara memasak
Tapis kuning telur dan pukul sedikit.
Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air tersebut mendidih dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
Angkat dan tuskan.
Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
Hidangkan.
Nota
Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas
Cara nak makan :
Susun pisang goreng di lapisan paling bawah.Atasnya taburkan jala emas, buah prune,ceri dan biji gajus, kemudian tuangkan sos kastard. Sedap makan sejuk-sejuk tau. Jala Emas tu adalah pemberian Ad dan Am dari Kelantan tau :) Puding raja ni memang terkenal di negeri Pahang . Kiranya makanan raja-raja pahang. OK bai. Nak feeling raja kejap :p
Goreng jangan terlalu lama sebab nanti lembik sangat
Bahan-bahan hiasan :) Masam-masam manis bergabung dalam mulut.
Patutlah mahal kalau membelinya . Kos hiasan pun dah mahal kan.
Pisang saya beli dalam RM5 untuk 20 biji.
Yang ni pulak kerabu sarang atau kerabu sare ( rumpai laut) yang my hubby beli kat Hulu Langat
Rasa kat atas tidak menepati selera, so saya modified ikut style mak saya. hehehe. Barulah sedap :)
Yang ni pulak Murtabak Raja Zairah dari Kota Bharu beli dengan Kak Yat :) Sekali hadap jer habis. Memang sedap :)
Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dalam hadith qudsi, aku sangat mengasihi hamba-hambaku yang bersegera berbuka puasa”. (Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith ini hadith hasan)