Thursday, May 26, 2016

Tips Tabung Bunian dan Mesin Deposit Tunai RM5 / RM 1 Maybank

Korang pernah ada tabung bunian? Tabung Bunian ni adalah tabung dimana korang simpan duit tapi tak pernah kira . Konsep dia, masukkan ajer duit dalam tabung dan duit duk diam-diam kat situ. Nak lebih manis lagi, masukkan ikut warna duit yang disukai. hahaha. Tabung bunian ni boleh korang asingkan mengikut tujuan yang korang inginkan contoh macam kat bawah ni.


Kitorang memang ada Tabung Bunian RM1 untuk belanja persekolahan my Nuha. Tabung tu rasanya memang dah cukup untuk perbelanjaan my Nuha sampai akhir tahun. Belanja dia RM4 sehari.  Awal tahun ni kami adakan Tabung Bunian RM5 untuk percutian keluarga pula . Tiba-tiba dalam bulan Mac, gearbox Cinta Bersulam Rindu  rosak. Terpaksa la guna duit Tabung Bunian RM5 ni untuk kecemasan. Kira-kira duit dapat dalam RM600 lebih. Mak aih..Tak sangka pulak ada sebanyak tu. Tabung ni saya kongsi dengan my hubby. Asal ada duit  RM5 jer saya masuk dalam tabung. Tapi my hubby pulak atleast sekeping sehari RM5 tuh. 

Dah kumpul duit haruslah masuk dalam bank pulak. Saya tahu memang ada ATM RM5 / RM 1 kat Maybank. Bila pergi dekat Maybank Cawangan Shah Alam, mesin tersebut tergendala. Kitorang pergi pulak kat Maybank Klang - Cawangan Intan Millennium yang bangunan kedai lepas Tugu Keris tu. Alah seberang dia AEON Bukit Raja tu. Tak tau sudah. haha


Inilah mesin deposit tunai untuk RM 1 dan RM5 tu. Sesuai untuk kanak-kanak yang suka menabung RM1 atau RM5 ni. Mak bapak budak pun boleh guna. 


Duit saya semua RM5 kan. Setelah berpuluh-puluh kali percubaan, dari RM600 tu, cuma RM400 lebih sahaja yang lepas untuk dimasukkan ke dalam mesin tu. Agak hangen jugak disitu . Padahal kebanyakan duit tak ada lipat atau koyak pun. Kalau korang nak cuba jugak mesin tu boleh la pergi ke alamat seperti dibawah untuk sama-sama kita sakit hati. Sakit hati berjemaah gitu. Hahaha

 Maybank Klang - Intan Millennium Branch    
 
Suite 1.01 & 2.01
Intan Millennium Square
68 Jalan Batai Laut 4
Taman Intan 
41300 Klang 
Selangor




Bukti transaksi pada hari kejadian. 4 kali ni jer yang lepas Total dalam RM 480 / RM 600

Mesin ini berjaya dalam 80%. Hah kau..siap peratus lagi saya bagi..hahaha


Korang pernah guna Mesin Deposit Tunai RM5 / RM 1 Maybank ni tak?

Daripada Jarir bin ‘Abdillah RA katanya : Aku telah mengaku  serta berjanji kepada Nabi SAW : Bahawa aku akan tetap mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat yang baik kepada setiap orang Islam.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)