Gara-gara ada orang share kat timeline makanan pantai timur, terus malam tadi buat menu yang bermain di fikiran tu untuk dinner. Terpaksa guna masa tambahan.Selalu pukul 7 dah settle kemas dapur tapi semalam dengan sampai rumah lewat sebab jam, buat pulak masakan renyah-renyah ni memang pukul 8 lebih baru siap. Siap berhenti solat dulu dan sambung masak balik. Dah macam nak raya dah ni juadahnya. Tinggal saya tak perap sate jer ni. Buat banyak sket untuk breakfast kat ofiz pulak hari ni. Alhamdulillah,ramai dapat merasa air tangan yang tak seberapa tu.
Ready untuk dinner
Close up sket
Sambal Ikan kelapa
Kuah kacang
Nasi himpit ( segera punya ajer jenama adabi)
Ayam goreng pengganti sate konon. hahaha
Ok saya share resepi yang saya olah sendiri la ikut suka hati saya hasil google jugak sebenarnya. Tu la, mak buat tak nak tengok . Nasib ada google di hujung jari.
Kuah Kacang
Bahan-bahan:-
1 cawan kacang tanah - disangai dan di blender kering
5 sudu besar cili boh
1 keping gula melaka / nisan (orang pantai timur cakap)
6 sudu besar gula
3 batang serai di titik
garam secukup rasa
1 kotak santan
1 keping asam keping / air asam jawa
Minyak masak untuk menumis
Blend bahan-bahan berikut :
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
Cara-cara:-
1. Sangai kacang tanah hingga keperangan .Kisar kering kacang tanah dengan kulit sekali pun boleh, dasar pemalas. hahaha.
2. Masukkan minyak dan tumiskan bahan blender bersama serai yang telah dititik. Tumis sehinngga wangi dan pecah minyak
3. Masukkan santan, dan kacang dan kacau seketika.
4. Masukkan gula melaka, gula, garam, dan asam keping.
5. Masak hingga pecah minyak dan sehingga kuah menjadi pekat.
Sambal Ikan Kelapa
Bahan-bahan
1 biji kelapa parut - di sangai hingga keperangan dan ditumbuk kasar
Bahan-bahan berikut ditumbuk :
3 ulas bawang merah
Sedikit lada hitam
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai di hiris halus
3 ekor ikan selayang/ sardin - di rebus dan di ambil isinya, kemudian di tumbuk halus
Garam
Gula
Gula Melaka
Cara-cara:-
Campur kan kelapa dan bahan tumbuk dan digaul mesra . Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila ia berbicara ia dusta, apabila ia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”