JJCM @ elissmie kali ni kita terjah warung yang tengah viral hari tu Warung Kambing Bakar Sahara yang terletak di Jalan Kasim Meru .Kami pergi selepas dah habis viral dah rasanya ni tetap jugak ramai lautan manusia. Mesti sedap lah kan kalau macam ni punya gaya. Nak masuk parking pun dah bersusun. Nasib baik parking dia memang luas.
Menu yang ada di Warung Kambing Bakar Sahara
Ruang parking yang ada
Ruang makan
Kami datang dalam pukul 8 malam tapi sebelum tu memang kami siap-siap order sebab kawan saya cakap kalau tak kena menunggu lah. Mula-mula kami sampai, memang tak ada tempat kosong nak makan padahal punya banyak meja kat situ. Lagi satu mungkin malam minggu kan.Kitorang pergi malam sabtu. Lepas tu, kitorang suruh diorang tapaukan. Sekali sudah jer tapau ada pulak meja. Terus kitorang amik pinggan makan kat situ. hahaha
Si hantu kambing, my Nayla. Mau tak hantu, masa mengandung dulu asyik makan kambing kot. hahaha. Daging bakar campur kicap dia memang terbaik. Daging pun tak liat.
Ni bapak hantu kambing. hahaha. Dia lagi hantu dari hantu kambing tadi la..lalariksss..
Isteri bapak hantu kambing tadi. Tak pandang kiri kanan dah..Sorry..camery shy ! :p
Walaupun darah tinggi, saya boleh pulak makan kambing yang selalu dikaitkan dengan daging kambing. Daging kambing tak bersalah kan.
My Long. Kak Long tak nampak pulak.
My Nuha pun suka jugak tapi dia lagi suka sup ekor lah. Nampak tangan jer Mak Longnya..
Meja sebelah tu sama datang dengan kitorang tapi diorang tak order dulu agaknya sebelum datang, makanan diorang tak sampai-sampai lagi even kitorang dah habis makan.
Pinggan cilok kat facebook. Kitorang memang order 5 set kambing bakar tapi sebenarnya 3 set pun dah cukup makan 4 dewasa dan 2 kanak-kanak ni. Siap bawa balik makan kat rumah pulak lepas tu tapi boleh habis lah sebungkus tu sebenarnya.hihihi
Untuk Tempahan kambing bakar / Ayam penyet :
012 943 4664
Warung Kambing Bakar Sahara Jalan Kasim , Meru , Klang
Waktu Perniagaan : 11 pagi - 12 malam
Korang suka makan Kambing Bakar tak ?
Daripada Anas RA, satu ketika dia berjalan melalui kumpulan kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan dia berkata : “Bahawa Rasulullah SAW sentiasa lakukan seperti yang aku lakukan ini (iaitu memberi salam kepada kanak-kanak).”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)