Hari ni saya kongsikan kos nak buat Aiskrim Malaysia Aiskrim Malaysia Choki Choki dan Sumi Jelly yang viral hari tu kan. Siap ada resepi sihat lagi . Tapi yang saya buat versi tak berapa nak sihat lah. hahaha. Resepi semua dah tahu rasanya . Ke nak ulang jugak. Ulang lah untuk yang tak pernah buat tu. Tak semua orang ada facebook kan.
Resepi Aiskrim Malaysia Choki Choki dan Sumi Jelly
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air kosong ( guna tin susu cair )
Secubit garam
1 bungkus sumi jelly
1 bungkus choki choki
Cara-cara : -
1. 2 tin susu dicampurkan dengan 1 tin air dan secubit garam ke dalam periuk dan didihkan.
2. Masak air sampai garam hancur
3. Masukkan baki 3 air tin kosong ke dalam periuk. Kacau rata
4. Sumijelly yang dibelah tadi masukkan dalam plastik ais krim lepas tu tuang adunan tadi dalam plastik ais krim tersebut
5. Choki choki tadi di masukkan ke dalam plastik dan ratakan dengan batang chopstik atau belakang gunting.
** Sebelum tuang kedalam plastik pastikan adunan telah disejukkan seketika. Lepas tu boleh la disimpan didalam peti sejuk untuk dibekukan.
Hari tu ada jugak yang katanya mahal orang jual 50 sen? Betulkah mahal? Korang dah pernah buat sendiri. Jom kita tengok kos yang saya buat hari tu.
Krimer Sejat RM 3.39
Krimer Manis RM 3.80
Plastik aiskrim RM 2 ( Ada 50 pcs - Cuma guna 24 lebih kurang RM 1 sahaja )
Sumi Jelly RM 1.50
Choki-choki RM 1.80
24 batang sahaja yang saya dapat untuk 1 plastik sumijelly( 2 pcs jelly sahaja) dan satu plastik Choki-choki (Setengah choki-choki setiap plastik)
Kos sebatang aiskrim malaysia : RM 11.49 / 24
RM 0. 48 sen !!!
Tadda... Saya punya saya tak jual, saya makan dengan anak-anak sahaja. Tapi sebab perisa susu, my Nuha tak berapa gemar kecuali my Nayla ajer. Banyaknya mak yang sebat...Abes diet mak. hahaha
Korang dah cuba buat Aiskrim Malaysia Sumijelly atau Choki-choki ?
p.s:
Kalau nak untung boleh guna brand yang tak berjenama kan tapi kalau nak buat makan sendiri pun kita nak yang sedap-sedap ajer so begitulah dengan tekak pelanggan kita. So pandai pandai lah korang budget, mungkin boleh kurangkan sedikit panjang aiskrim atau cari sumijelly yang murah sedikit tapi yang sedap.
Kelebihan Bertolak-Ansur Dalam Hal Jual Beli
Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah memberi rahmat kepada orang yang bermurah hati ketika berjual beli dan ketika meminta haknya”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari)