Entry makcik-makcik sangat hari ni. Selain hobi mengumpul tupperware yang makcik-makcik sangat tu, saya suka juga mengumpul cadar. Tapi hari tu masa farewell staf kontrak kat ofiz, kitorang bagi Cadar Quilt Patchwork untuk hadiah perpisahan. Masa tu teringin jugak sebab kalau nak murah kena beli borong katanya. Yer lah, tak pernah ada lagi kan. Biasa orang jual online dalam RM100++ tapi kalau beli borong murah lah dapatnya. Harga tak boleh nak reveal lah kan, kesian orang nak meniaga online tu .
Akhirnya kami ke GM Klang jugak sebab dah cukup kuota nak beli borong iaitu 6 set. hahaha. Saya pergi dengan Bai dan Ad. Tq Bai bawa kami kesini. Ni kedai yang kami singgah 4F 187. Memang banyak gila Cadar Quilt Patchwork ni dan banyak kedai jugak la kami masuk. Memang kena pandai tawar menawar jugak la sebab diorang macam dah berpakat jer sesama penjual untuk jual harga yang sama. Akhirnya dapat harga yang kami nak.
Harga sebelum harga borong, agak murah dah sebenarnya.Harga ni untuk Cadar 3 pcs (1 cadar 2 sarung bantal) Tapi nak pergi ke situ yang satu hal . Tapi awas, ada yang bukan 100% cotton. Yang tu memang lagi murah.
Sekarang bantal tu pulak diorang duk jual . Menarik jugak kan. Tapi memang duit ngam-ngam nak beli Cadar Quilt Patchwork tu jer. hahaha
Banyak design yang ada.. Boleh rambang mata tau...So tips saya korang google la dulu yang cantik-cantik sebelum pergi dan tunjuk jer yang mana korang nak. Saya memang dah google tapi bila pergi tak berkenan pulak yang saya google tu. hahaha
Sumber : http://mytrade-shoppe.blogspot.my/p/cadar-cotton-murah.html
Tadda...yang ni menjadi pilihan saya. Dah rasmi dah pun. Saya beli tambahan sarung bantal, baru seragam tidur 3 orang. Bila la masa sorang lagi ni nak sub ke bilik sebelah ni. hahaha. Yang best pasal cadar ni sebab sejuk dan tak bergerak cadarnya, so senang nak kemas cadar pagi-pagi. Lalings, kita beli satu set lagi yer..hahahaa..lariksss...Oh, katil saya King Size tapi ok jer guna cadar ni labuhnya tu. Kalau katil queen mungkin lagi labuh lah yer..
Korang dah ada Cadar Quilt Patchwork?
Perintah Anak Solat
Daripada ‘Amru bin Syu'aib daripada bapanya, daripada datuknya RA katanya, sabda Rasulullah SAW “Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”.