Hari ni rasa lemau lagi badan walaupun dah rehat dari kerja seminggu lebih. Macam tak cukup pulak cutinya. Hahaha. Perjalanan balik ke Terengganu yang dah lama kami tak alami iaitu perjalanan yang panjang macamkan LPT belum siap lagi. 10 jam baru sampai di rumah my Ma. Bertolak pukul 11 pagi sampainya 9 malam. Dari tol gombak ke Bentong yang setengah jam boleh sampai tu sampai 4 jam. 4 jam tu kalau pecut memang dah sampai Paka. My hubby siap nak patah balik sebab pening dan muntah kereta tersengguk-sengguk bergerak. hahaha.
Aktiviti biasa bila balik Terengganu haruslah beriadah di Pantai Paka. Beriadah la sangat. hahaha. Sebelum tu haruslah pekena Air Jagung atau keropok lekor kat warung kat situ. Lepas tu layankan my Nuha nak main pasir . Sekarang ombak tengah besar. So memang buat dek jer la kat laut yer. hahaha. Katanya bila malam, ombak siap sampai ke jalan. My Nuha meraung-raung tak nak jejak kaki kat pasir pun sebab takut tengok ombak. hahaha. Boleh tengok gambar ombak jahat kat IG saya. Follow sekali yer :) https://www.instagram.com/p/BBhQ--zvj2g/?taken-by=elissmie
Hari ketiga baru berani jejak kaki ke pasir my Nayla tu
Budak suka main pasir, my Nuha
Tengok kemain ceria my Nayla tu. 2 hari sebelum boleh tengok kat sini https://www.instagram.com/p/BBkE7Zfvj0O/?taken-by=elissmie
Dah main pasir dah tak layan orang nak amik gambar dah
Gambar kaki dihiasi siput kat tepi pantai pun boleh :p
Selain main pasir, diorang kutip kulit kerang kat pantai
Bila isi dalam bekas kaca ni nampak comel dan boleh dijadikan buah tangan pulak kan
Berbackground kat pasir pantai. Boleh jual ni? hehehe
Yang ni berbackgroundkan cengkerang di pasir pantai
My hubby pun tolong sama kutip kulit kerang yang menarik
Dia yang paling seronok nampak
Haruslah diakhiri oleh gambar kami suami isteri
Cubaan menandukkan isteri. hahaha kantoi
Dah tanduk kan isteri tak pandang kamera pulak
Sabar jer lah kan..layankan jer
Punya kuat angin, baju pun terbang..hehehe
Dalam pukul 7 malam beransur pulang ke rumah my MIL. Tengok budak merajuk tak nak balik yang tak pandang kamera tu. hahaha
Adik? Ada aku kesah? hahahaha
Berilah Walau Sedikit Pun
Daripada Abu Hurairah (juga) katanya, sabda Rasulullah SAW, “Wahai perempuan-perempuan muslimat janganlah menghina seorang jiran kepada jiran tetangga yang lain, sekalipun (apa yang diberi itu) berupa kaki kambing”.
Korang dah pernah sampai ke Pantai Paka?