Monday, February 01, 2016

Farewell Sempena Pertukaran Tempat Bertugas, JPS, Infotech dalam kenangan

Sekali lagi, berlaku perstrukturan semula untuk ofiz saya .Kali ni bukan setakat rombakan pada struktur organisasi malahan nama pejabat pun dah bertukar. Banyak yang kena pindah dan terpaksa pindah. Banyak yang berduka dari suka dan macam-macam lagi la yang tak tercerita. Wah dah macam seloka pula :p

Semuanya kerana sekeping surat yang sudah lama kami tunggu ni. Dah penat dengar gossip dan rumours akhirnya, menjadi nyata. hahahaha. Saya masih di jabatan sama tapi bertukar nama pejabat dan jabatan serta skop kerja. Mungkin dah tak buat programming menggunakan Cold Fusion tapi still Domino Developer dan kena jaga email sekali . Mungkin Allah dah aturkan yang terbaik buat saya. Semoga dipermudahkan. Redha redha redha.. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin. Diketuai oleh Naim untuk kali terakhir yang mana telah berpindah ke UiTM Sg Buloh. Tak boleh dah kacau Naim tengokkan coding. hahaha

Dan haruslah makan-makan. Terima kasih kepada sponsors makanan :) Sempat amik gambar makanan time breakfast jer, lunch dah tak sempat dah. 

Kuih talam suji 

Strawberry brownies

Talam favourite, talam cendol

kek secret recipe dan karipap

Nasi lemak 

Majlis meraikan sekali 4 orang staf kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatan di UiTM. Semoga berjaya ditempat baru :)

Asma 

Azam

Ain 

Wina

 Acara seterusnya adalah bertukar-tukar hadiah untuk semua sempena pertukaran tempat bertugas. 


Hadiah yang ready untuk bertukar tangan . Masing-masing beli hadiah dan buat cabutan sesama kami. 
Macam bantuan banjir katanya - Anak Perak

Rai gembira dengan bantalnya 

Zul dengan hadiahnya 

Kak Ila dengan cadarnya 

Ramai-ramai dengan hadiah masing-masing

Mak menang motor..eh :)

Saya baru sempat menyelit untuk posing ramai-ramai

Lagi bertambah bilangan yang gembira dengan hadiah masing-masing 

Mak menang periuk nak...Nampak nau kuat makan

Periuk yang saya terima...terima kasih penyumbang periuk . Hafis katanya kan. Diorang ni main rahsia-rahsia pulak.

 Sayonara, JPS, Infotech... Welcome Unit Lotus, Bahagian Pembangunan & Pengurusan Sistem,  Jabatan Pengurusan Projek IT,Pejabat Infostruktur


Adab Ketika Masuk ke Rumah Orang Lain
Daripada Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Meminta izin untuk masuk ke rumah orang lain hendaklah dilakukan sebanyak tiga kali. Jika kamu diberi keizinan maka masuklah dan jika kamu telah lakukan yang demikian, tetapi tidak ada jawapan maka hendaklah kamu balik.”

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)