Thursday, January 21, 2016

Kedai Nasi JJ (Kak Wok) Seksyen 24 & Restoren Ayam Penyet-AP , Seksyen 7

Hari tu kita cuba, Nasi Kak Wok Seksyen 7. Kali ni kita pekena Nasi Kak Wok kat Kedai Nasi JJ,Seksyen 24. Rupanya dua owner yang berbeza. Yang ni sama owner dengan cawangan TTDI Jaya punya. Kak Yatt lah yang bawa kami makan dan belanja kat sini. Terima kasih Kak Yatt. Dah 3 kali dah makan Nasi Kak Wok Kedai Nasi JJ ni. 2 kali pergi dengan my hubby dan anak-anak. 

Sampai-sampai nak kena beratur lah pulak. Maklumlah waktu lunch. Tapi hari minggu pun beratur jugak padahal masa hari minggu datang pukul 11 pagi .
Walaupun panjang tapi sekejap ajer dah sampai giliran. Macam terbang-terbang diorang membungkus nasi tu. hahaha

Ruang makan . Konsep layan diri. Order air siap-siap. 

Sebelum makan , bayar dulu 

Ni lah nasi kak wok. Menu kat  nasi kak wok cuma satu jer , nasi putih + gulai ayam + ayam goreng + sambal belacan . RM5 sebungkus. Tambah nasi RM1.50

Zira dan nasi kukus. hehehe. Gambar sendiri dan gambar Ad tak terambil dah.

Tukang belanja. Terima kasih sekali lagi 


Kedai Nasi JJ
No 17 , Jalan Kangkung Puteri 24/7, 
Seksyen 24, Selangor
Ayah Teh ( 012-264 1234)

Waktu operasi : 
Hari biasa 8.30pg-5.00pm
Hari minggu n Cuti Umum 8.30pg-3.00pm

Instagram: https://www.instagram.com/kedai_nasi_jj_ttdi/
Facebook : https://www.facebook.com/Kedai-Nasi-JJ-749642401720935/


Hey, check out MilkADeal Cashback.Register sekarang dan dapat bonus cashback terus dalam akaun anda RM5 !!

JJCM@ elissmie.com seterusnya. Kali ni kita makan nasi ayam penyet pulak kat  Restoren Ayam Penyet-AP , Seksyen 7 . Orang belanja, kita ikutkan saja. Ikut anak tekak, ayam penyet yang paling saya suka haruslah Wong Solo. Walau tak tahan pedas, tapi sambalnya memang sedap dan sup ekor dia pun lembut jer. 

Tukang belanja. Terima kasih Alif

Tukang makan orang belanja lah kan. 

Saya pilih air Green Apple (RM5.50)


Semua order Ayam Penyet AP lah kan. Kat sini, lauk dan nasi kira asing. 
Nasi putih RM 2.20  dan Ayam Penyet RM 10.50
 Kalau amik set individu RM13.90 ( Ayam Penyet AP/ Nasi Putih / Teh O @ Teh O Ais) 

 Restoren Ayam Penyet-AP , Seksyen 7 
No 3G,Jalan Plumbum P7/P
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
03-55104339, 018-578 0700

Waktu operasi : 

Isnin-Ahad:
11:00 am - 11:00 pm

Website: www.ayampenyet-ap.com
Facebook : https://www.facebook.com/AyamPenyetAPI/


Mana yang korang suka Nasi Kak Wok atau Nasi Ayam Penyet ?
p/s:

Saya suka kalau orang belanja..hehehe

Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”.

My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)