Korang dah baca buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi karangan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki ? Zira yang suggest buku ni dan dah kirim sekali dengan dia belikan . Terima kasih Zira untuk perkongsian . Skang duk hadam la tip yang Ustazah Isfadiah tulis ni. Untuk ajar anak gaya nabi, ibu bapa dulu sepatutnya kena praktis amalan hidup gaya nabi lah kan dan semestinya kena tahu pasal agama untuk kemaslahatan hidup dunia dan akhirat .Aduhai.Terasa kerdil sangat diri ini kan. Banyak lagi ilmu yang tak cukup di dada. Semoga dapat lagi tambah ilmu dan dapat didik anak-anak yang dianjurkan nabi. Paling teringin sekali nak buat adalah menghidupkan taklim di rumah tu.
Alhamdulillah dah terima bukunya. Tak sempat 365 hari rasanya ni. Dah separuh jalan. Sejak jadi mak-mak ni susah sangat nak baca buku cepat-cepat. Ada jer halangan kan.
Keistimewaan Buku Ini:
- Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.
- Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.
- Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.
- Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.
Biodata Ustazah Isfadiah
Ada dua bahagian dalam buku ni. Bahagian 1 : Melihat Anak Sebagai Amanah
Bahagian 2 : Menelusuri Didikan Anak-anak Nabi
Bahagian Bonus:13 Tip Mengurus Anak Bermain Gajet
Salah satu isi buku yang ada
Amanah yang kedua. Tak sabar nak sekolah dah gayanya tu.
Kalau korang berminat, boleh dapatkan seperti kat bawah :-
Korang ada buku-buka keibubapaan lain yang korang baca untuk dikongsikan ? Semoga beroleh manfaat.