Thursday, November 05, 2015

Cuci mata barang rumah @ Kitchen Shop, Plaza Shah Alam

Hari ni segmen deco@elissmie.com bawa korang cuci mata kat kedai sudahlah yer. Ada satu kedai yang boleh korang cuci mata barangan rumah kalau ke Plaza Shah Alam atau Plaza Massalam yang terletak di tingkat satu. Kenapa cuci mata jer sebab agak berjenama barangan dalam tu tapi ada jugak la yang bawah RM30 yang boleh korang beli.Mak bukan ada-ada :p Moh kita tengok apa yang ada yang boleh korang cuci mata yer.

Ni hah kedainya , Kitchen Shop. Rasa macam baru ada sebab rasa sebelum ni tak pernah nampak tapi tak tahu la kalau dah lama wujud kedai ni sebab jarang pergi makan kat sini

Ada pelbagai bekas makanan. Yang ni yang boleh masuk dalam microwave. Yang kecik comel tu la tak silap RM30.hahaha

Periuk kuali semua ada  tapi mak setia dengan tefal jer la. Itu jer mampu nak..hahaha

Pisau yang warna warni ni memang buat geram jer tapi yang jusco tetap menjadi pilihan hati mak , tu pun orang kasi

Grater pun ada kot nak parut keju :p Jarang makan keju, makan tempe jer

Yang ni teringin jugak nak ada satu yang ni. Tempat BBQ. Yang paling murah dalam RM800 tak silap. Bonus dapat RM500 jer pun kalau tak dah sambar satu ni

Yang ni pun menarik jugak tapi yang kecil tu pun dah RM30 sebiji. Warna ungu tu meruntun jiwa wanita mak nak..hahahaha


Ni pun impian jugak walau tak ada oven lagi pun. Dapat sebiji yang warna ungu ni pun tak per, tak dapat yang ungu, merah pun boleh. hahaha RM3599 gitu boleh buat downpayment kereta baru sebiji

Macam-macam corak tray acuan yang ada. Tak per la..nak oven jer dulu. Sebut banyak kali

Yang jenis silikon mould pun ada


 Penyepit warna warni pun cantik jugak

Segala mak nenek nozzle pun ada bagi yang rajin buat biskut dan kek tu

Yang ni ada promosi untuk membantu Autism iaitu barangan La gourmet. Tak silap 10% daripada jualan akan diberikan kepada National Autism Society of Malaysia (NASOM)

Last but not least yang masih kekal dalam senarai to do kat rumah tu gazebo. Tapi kalau dapat kerusi macam ni pun dah tak pe letak kat tepi rumah duk lepak-lepak
Yang ni sebiji  RM953. 2 biji RM1599 

Yang best siap boleh lipat jadi sandar dan meja gitu dan waterproof dan wheatherproof gitu sesuai sangat letak outdoor sambil minum kopi makan tempe #jawasangat :p


Klik kat sini kalau korang kaki shopping online tu. Terus dapat RM2 bila register. Shopping pun dapat cashback pulak tu.


Kitchen Shop Shah Alam
F2, 1st Flr, Plaza Shah Alam,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
Sect 9, 40100 Shah Alam
Tel : 03 55191399
Operating Hours: Daily 10am – 10pm
http://www.thekitchenshop.org/

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)