Wednesday, November 04, 2015

Big Brother Restaurant, Seksyen 7 , Shah Alam

Holla November ! Fuh...Kejung tangan saya nak taip ayat permulaan . Lama btol tak update blog. Janggal pulak rasa. Banyak benda nak tulis tapi kekangan masa jer lah. Sejak bekerja dengan syarikat bertaraf international #bozireland ni memang busy dan kejar dateline jer la. Tak sabar nak habiskan projek dan jadi programmer kerajaan balik. hahaha. 

Posing hari pertama di syarikat bertaraf internasional katanya :p

Ok. Dah melalut. Entry refreshment hari ni dimulakan dengan majlis farewell Alif dan Nisa yang bertempat di Big Brother, Seksyen 7, Shah Alam. Asal update jer mesti pasal makan jer kan.Kali ni pilihan tekak bertema western. JJCM @ elissmie.com memang dinantikan oleh pembaca setia elissmie.com kan.hahaha. Larikss..

Kat dalam restoren dengan cahaya lampu yang samar-samar. Kalau bawa isteri/ suami dating mesti lagi romantis. Yang halal jer boleh romantis ok ! 

Boleh juga makan kat bahagian luar. Kaki #vapeon makan kat sini dan jangan nak sesakkan nafas orang lain. Lemas sorang2 sudah

Nak jimat boleh amik set ni iaitu Set Lunch Menu. Siap dapat Air dan Sup free. Pilihan air Teh O Ais atau Limau Ais jer. Harga bawah RM30. Tenung sampai lebam.

Close up sket

Ni pun menu Set Lunch Menu jugak


Posing sebelum makan . Jauh pulak gambar mak..hahaha

Makan dulu !!


 FOC dengan Set Lunch Menu

Banyak lukisan pelik-pelik dalam restoren ni

Saya punya order Grill Chicken Chop dan lime ice.  RM 23.80  (belum termasuk 16% tax)
Ayam memang lembut dan  mushroom gravy dia pun mild jer . Nak tambah gravy tak dikenakan caj. 
Overall servis pun ok tapi kena datang awal la reserved tempat dan pesan siap-siap. 


Yang ni zira punya , Lamb Chop RM 28.60 (belum termasuk 16% tax)

Yang ni Ad punya Herb Roasted Chicken RM 25  (belum termasuk 16% tax)

Tahniah Nisa. Semoga bahagia ditempat kerja baru dan suami gitu yer..


Tahniah Alif dapat kerja di syarikat bertaraf internasional..hahahaha

Depan kedai, deretan kedai ni bersebelahan dengan pagar Hospital Shah Alam

 

LOKASI - No 12 & 14 , Jalan Plumbum N7/ N Seksyen 7, 40000 Selangor, Selangor, Malaysia

Ada juga cawangan lain rupanya.

Korang suka makan western? Boleh la cuba makan kat sini yer

Klik kat sini kalau korang kaki shopping online tu. Terus dapat RM2 bila register. Shopping pun dapat cashback pulak tu.

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)