Hari terakhir kami di Sabah rancangan asalnya adalah nak ke Kundasang tapi tidak kesampaian sebab malam tu ada gegaran susulan yang agak tinggi .My hubby cakap dia dengar bunyi cermin bilik hotel bergetar masa bangun pergi toilet.Kejadian masa tu lebih kurang pukul 2:30 pagi. Saya tidur mati, memang tak sedar apa. Sebab malam tu tidur agak lewat packing baju sebab nak check out awal pagi kononnya.Tapi tetap check out awal jugak. Kami ronda-ronda sekitar Ranau jer lah.Tempat pertama yang kami lawati adalah Rumah Terbalik . Memang ada dalam wishlist jalan-jalan ke Sabah ni. Satu di Malaysia katanya dan Pertama di Asia Tenggara gitu.
Sebelum sampai ke sini, siap nampak gunung Kinabalu. Nampak tak gunung tu.Itu la sipi-sipi yang nampak. Terlindung dek awan tebal.
Rumah Terbalik
Dewasa : RM10.60
Kanak-kanak (4 tahun hingga 12 tahun) : RM5.30
3D Museum
Dewasa : RM24.40
Kanak-kanak : RM15.90
Rumah Terbalik + 3D Museum
Dewasa : RM31.80
Kanak-kanak : RM19.10
Kami masuk Rumah Terbalik ajer..
Tengah beratur nak beli tiket
Bergambar sebelum masuk rumah terbalik. Boz amikkan gambar. Terima kasih boz
Nak tengok apa yang ada dalam 3D Museum boleh baca blog Ad :
Ruang luar Rumah Terbalik
My hubby dan anak-anak
Mak dan anak-anak pulak
Posing sampai lebam. Tengok my Nayla tu ada jer peel dia.
Kat dalam Rumah Terbalik memang tak boleh la nak bergambar. Kena denda RM100 dan gambar akan di delete serta merta lagi. Merata CCTV . Entah betul ker tidak tak tahu lah CCTV nya .Dan yang paling berat diorang letak mesin jahit atas syiling. Tak silap 35 KG berat dia. Ada barang-barang biasa kita lihat dalam bilik air, ruang dapur, ruang tamu dan bilik tidur semua dalam kedudukan terbalik iaitu diletakkan atas syiling la. Boleh bayangkan ke tidak? Kalau tak boleh bayangkan meh la datang sini yer.
Nak masuk kena ketuk dulu pintu dan bagi salam.
Posing sebelum masuk dalam Rumah Terbalik. Kena tunggu giliran.
Dah keluar dari rumah terbalik. Naim amikkan gambar kami sekeluarga :) Terima kasih Naim
Bergambar kat luar sampai lebam :p
My Nayla susah nak bagi kerjasama dia.
Abang sado dengan cubaan mengangkat kereta
Mak angkat satu jari jer..
My Nuha pun nak cuba jugak tiru aksi mak
Tengah buat apa tu ?
Ko dah kenapa bang? hahaha
Taman terbalik pulak. Teringat nostalgia kereta tolak tu. Mainan masa kecik-kecik siap tidur baring dalam kereta tolak :p
Spot the Ju-On..hahaha
Tengaok budak yang kat tepi tu. Over sangat posingnya :p
Lepas keluar rumah terbalik ada jual souvenier. Ini souvenier yang paling mahal kat situ
RM 1696.00
Close up sket.Replika Gunung Kinabalu.
Lepas dah keluar dari Rumah Terbalik, kami meneruskan perjalanan ke Jambatan Gantung Tamparuli. Tak jumpa pulak Marsha Milan Londoh . hahaha. Tak jauh sangat dari Rumah Terbalik lebih kurang 15 minit tak silap.
Bergambar diatas Jambatan Tamparuli
Ni kat tengah-tengah jambatan
Dah naik Jambatan Tamparuli ni haruslah dengar lagu yang famous pasal Jambatan Tamparuli ni. Bawah ni lirik yang telah ditranslate ke bahasa melayu :)
Pak pak saya melangkah
Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli
Saya berkasut tinggi
Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli
Pak pak saya melangkah
Saya berkasut tinggi
Celaka* kasut saya
Terjatuh di jambatan
Hanya tinggal stokin
Saya bawa pulang rumah
Pada hari rabu
Tamu di Tamparuli
Saya masuk serata kedai
Mencari kasut tinggi
http://rakan1klik.blogspot.com/2011/05/jambatan-tamparuli.html
p/s:
Nasib baik saya tak pakai kasut tumit tinggi tapi gayat jugak sebab terpaksa dukung my Nayla sepanjang 50 meter melintasi jambatan tu. Bukan setakat jalan, saya siap berlari sebab nak cepat sampai hujung jambatan iaitu Pasar Tamparuli. Kat situ driver kami sedang menunggu :) Kat pasar tu banyak yang bukan islam meniaga kata driver. So kami teruskan perjalanan ke Taman Buaya pulak.Tunggu next entry..