Monday, May 18, 2015

Cara Mudah Cuci Habuk Pada Fridge Magnet

Dah lama dah koleksi fridge magnet saya terbiar kat peti ais tu. Sejak banyak tragedi yang menimpa kat kebanyakan fridge magnet saya, terus down nak mengumpul. Tunggu my Nayla besar la sket nak faham hobi mak dia yang satu ni. Weekend hari tu duk belek-belek fridge magnet . Amik kau dah naik berhabuk duk kat peti ais tu rupanya terutama yang jenis seramik.




Caranya mudah sahaja. Guna berus botol anak korang yang dah tak digunakan. Saya selalu simpan berus tu untuk kegunaan lain. Biasanya saya beli baru sebab pencuci puting dia patah.

Ni berus botol yang selalu saya beli . Jenama Pureen.RM10.90 satu. Yang tension bahagian pembasuh puting tu lah selalu buat hal. Kadang-kadang baru beli dah tercabut pembasuh puting tu. Tapi kalau tahan , sampai 6 bulan ok lagi. Atas nasib gitu tapi setakat ni , ni jer berus botol yang paling saya suka.

Jenuh juga satu -satu nak kena bersihkan tu. Tapi ada berus ni jadi seronok pulak.Kat bawah tu dah tak tampal FM tapi hasil seni my Nuha. 

Selalu belah ni tampal hasil seni my Nuha. Ni digantikan dengan FM jenis rubber pulak. 

Belah lagi satu untuk saya tampal resepi dan notis dari sekolah my Nuha. 


Korang ada Cara Lagi Mudah Cuci Habuk Pada Fridge Magnet ?



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)