Hamboi. Sampai dua sekali JJCM @ elissmie.com minggu ni yer. Siapa kata orang berdiet tak boleh JJCM. JJCM masih diteruskan seperti biasa tapi banyak pantang larang sket lah kan. Sekarang dah masuk minggu ketiga berdiet dan Alhamdulillah, badan rasa segar sket. Kenapalah awal-awal tak ada kesedaran nak jaga kesihatan diri padahal dah lebih 2 tahun menjadi pesakit darah tinggi. Tak per lah, janji ada kesempatan lagi untuk berubah.
Ok la, JJCM pertama kita ke Mee Tarik Warisan Asli, Shah Alam. Ni dah kali ketiga makan di Mee Tarik Warisan Asli. Masih lagi order yang saya suka iaitu Wet Mee With Mushroom And Chicken. Menu asal dia Wet Mee With Mushroom and Beef. Boleh tukar ikut selera tekak masing-masing.
Teman dating seperti biasa, Ad . Kitorang lunch kat sini lepas beli Lace Kain Sembahyang yang kebetulan berdekatan ajer.
RM8
Wet Mee With Mushroom And Chicken
RM 9.80
Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Shah Alam
B-27 Alam Venue 2 , Jalan Serai Wangi K
16/6 Shah Alam Selangor
Tel :012 6826295
Web : http://www.meetarik.com/
Ok, JJCM yang kedua pulak di Ayam Bakar Mas Mono yang terletak di Seksyen 7 , Shah Alam. Berhampiran dengan kedai Bata dan Qalaqisya. Ni pulak pergi beli kasut sukan untuk zumba hari ni. Hahaha. Kasut sukan saya rosak masa event Knowledge Explorace tahun lepas. hahaha . Zumba hari ni under program stay fit UiTM anjuran PEWANI. Saya bukan ahli PEWANI (PERSATUAN Staf Wanita dan Isteri-Isteri Staf Universiti Teknologi Mara ) pun tapi boleh join dan dikenakan yuran RM30 untuk 5 sesi.Ahli RM20 jer.Selama ni Zumba kat rumah jer sambil mengadap youtube. hahaha
Macam biasa, dengan Ad lah kan..
Ruang makan yang selesa di Ayam Bakar Mas Mono
Banyak poster ditampal didinding untuk tambah seri
Saya order Nasi Lele Goreng dan Tempe
RM 9.00
Nasi makan segenggam saja bak kata Kevin Zahri. Ikut genggam masing-masing yer.Keropok saya tak makan. Sup pun tak berani nak hirup sebab banyak bahan perasa. Sambal dia pedas jugak bagi saya, ok untuk metabolisma.
Ni Ad punya. Ayam Bakar Mas Mono
RM 9.00
Air kosong sudah semestinya untuk berdiet. 3 minggu dah tak minum air manis.
Air masak dah jadi bff :p
Mana korang teringin nak makan ? ayam bakar atau mee tarik ? Tepuk dada tanya selera. hehehe
Ayam Bakar Mas Mono Shah Alam
No 21 Jalan Plumbum P7/Seksyen 7
Shah Alam Selangor
Tel :03 55102841
Web : http://www.ayambakarmasmono.com