Wednesday, May 06, 2015

Lace kain sembahyang @ Karysma Store, Alat Jahitan Dan Kraf, Seksyen 16, Shah Alam

Bersambung lagi episod pencarian lace kain sembahyang Ad yang terbengkalai tempoh hari. Kali ni kitorang terjah ke Karysma Store, Alat Jahitan Dan Kraf, Seksyen 16, Shah Alam setelah di rekomen oleh kakak yang alter abaya saya, ok itu entry lain kita citer. Memang betul katanya, banyak barangan jahitan dan servis yang disediakan disini.Karysma Store menjual Alat Jahitan, Mesin Jahit, Aksesori jahitan,Servis jahitan dan butang, Tempahan Pukal Jahitan, Kain Ela, Kain Cotton, Projek Kraf, Quilting, Patchwork, Kraf perkahwinan, Kelas Jahitan, Kertas Dan kain Gam, Alteration dan lain lain.


Happy customer. Ada lace yang ingin dicari dengan pelbagai warna

Warna hitam yang dicari untuk alter jubah hitamnya bagi labuh.
Untuk jahit bahagian bawah jubah, yang diperlukan 2 meter bergantung kepada jenis jubah. 
1 meter RM2.50
1 roll RM27

Ada warna putih juga 

Mesin jahit yang dijual disini

Banyak pilihan glass pearl beads

Pelbagai butang dan manik yang ada 

Batu permata untuk ditampal di baju dan tudung pun ada. Menarik warnanya.Boleh juga guna untuk kraf. 

Kain felt yang dijual disini. Pelbagai warna, boleh rambang mata gitu. 


Alamat :-C-9, Jalan Serai Wangi 16/LAlam Avenue 2, Seksyen 16,40200 Shah Alam
Waktu operasi : 9 pagi - 9 malam ( dibuka setiap hari) 
Facebook : https://www.facebook.com/karysmastore


Selain menjual alat jahitan dan kraf, kelas jahitan pun ada ditawarkan.Menarik jugak kan. Bagi yang berminat boleh la terjah yer :-

JADUAL Kelas Jahitan MEI 2015, 
Kini Dibuka utk Pendaftaran!!!

(Deposit RM10 diperlukan utk booking)
MAYBANK 1622 6326 1092 AHMAD HAZWAN
Utk pendaftaran WhatsApp / Msg/Call ALONG
012-341-6010

*Kain, bahan2 dan mesin jahit disediakan,,
(jika nak bawa sendiri pun boleh)

Tarikh : Sila Rujuk jadual
Masa : 9 pagi - 1tghari ,sambung 2pm - 6pm


Hadapan kedai

Peta lokasi


Korang pandai menjahit tak ?




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)