Tuesday, April 28, 2015

Pesta Buku Antarabangsa 2015 @ PWTC, Kuala Lumpur

Seperti dijanjikan, hari ni nak cerita pasal Pesta Buku Antarabangsa 2015 . Kitorang bertolak dalam pukul 10 lebih dari umah my Long dari Sentul. Punyalah ramai umat manusia. Nyaris nak patah balik. Sebab plan asal memang nak pergi Galeri Petronas jer hari tu tapi my Long ajak ke situ dulu.Kebetulan nak carikan buku untuk kelas my Nuha, cikgunya nak buat mini library kat dalam kelas.Kitorang parking kat Hentian Putra sebelah PWTC kat bahagian atas sekali. Kalau menapak, terus depan PWTC kat Dewan Tun Razak di tingkat 4 tu. 



Tarikh :  24 April sehingga 3 Mei 2015
Isnin Khamis 10 pagi - 7 malam
Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum 10 pagi - 9 malam

Haruslah #wefie dulu sebelum bertolak. Tengok my Nayla tu si perosak gambar. hahaha

Flyer PTS yang dapatt semalam. Banyak hadiah menarik.

Ada aktiviti kat pentas utama dan booth. Ada Ustaz Azhar Idrus dalam tentatif Hari Ahad ni. Wow!

Dia beradik sedondon posing kat banner Ana Solehah :) Amin..

Punya ramai umat manusia. Boleh beli buku banyak-banyak. Simpan resit untuk claim dengan LHDN :) RM1000 kot limit. Rugi tak beli kan.

Ni kat ruang legar ada hari baca buku ke apa.Nak baca kat sini boleh register member for free tak silap.

Kami tumpang duduk sementara tunggu Kak Long habis shopping buku. 

My Nuha pun sempat baca buku-buku yang disediakan kat situ.Seronok dia !

Ini buku yang saya beli untuk mini library kelas my Nuha. Ada 8 buah buku RM20.

Bagus buku ni sebab ada bahasa melayu , jawi dan inggeris .

Yang ni RM10 untuk 5 buah buku

 Buku yang ni dwi bahasa.

Ni buku kelima , boleh campur dengan buku jenis kat atas. Buku ni satu bahasa jer.

Yang ni pun best. 366 Cerita dari Al Quran dan Hadis. Boleh baca 1 Hari 1 Cerita.

Dalam buku ni dia bahagikan ikut bulan. Ni contoh bulan September.

Ini cerita untuk 6 September. Haruslah birthday mak ! Tapi tulisan dia kecil sedikit. Tapi kulit tebal.

Yang ni Harga Asal RM39.90 dapat RM 35.Yang ni paling worth buying rasa sebab kita biasa baca jer quran tapi tak tahu apa maksud dan cerita disebalik ayat-ayat tu kan. 
Booth Edukid Books di Dewan Tun Razak 3 3068-3071. Yang buku cerita kat atas tu depan booth Edukid Books ni di Dewan Tun Razak 3.

Yang ni pun bagus. RM10 jer. Potongan 50%. 

Kandungan dalam dia


Dah nak exam, beli jugak buku-buku untuk ulangkaji keluaran Fargoes terletak di  Dewan Tun Razak , 3208-3209. Bagi yang nak cari buku ulangkaji sekolah agama macam yang saya beli hari tu pun ada kat sini. http://www.elissmie.com/2015/03/mana-nak-dapat-buku-aktiviti-sekolah.html

 

Kata Amran Fans, haruslah beli :p RM20 untuk Amran ! hahaha
Amran, macam mana nak bagi kau sign buku aku hah??? hahaha
Yang ni haruslah beli di Dubook Press di Legar Putra Booth L030.

Tak dapat sign meran, bergambar dengan buku meran sudah..hahaha

Abang sado pun reti baca buku :p kbai ! hahaha

Korang dah terjah ke Pesta Buku Antarabangsa 2015 @ PWTC, Kuala Lumpur ? 




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)