Monday, January 26, 2015

Kos Built In Wardrobe Bilik Tidur Kedua

Tercapai jugak impian nak buat built in wardrobe untuk bilik tidur kedua. Bilik tidur my Nuha lah. Siapa lagi kan. Tak sabar jugak nak asingkan dia tempat tidur. Selagi bilik belum siap katanya selagi tu la dia tak nak tidur kat bilik sendiri. Sabar jer lah. Macam biasa , kali ni pun masih mengekalkan kontraktor sama yang buat Kabinet Dapur dan Kabinet TV rumah saya iaitu ABS Trend Master S/B.


Ini quotation untuk Wardrobe yang saya idamkan tu. RM35 sekaki untuk Wardrobe pintu melamin macam ni.Dapatlah diskaun RM100. Boleh la kan.


Lori sampai dalam pukul 10 pagi

Barang-barang sedang dipunggah keluar. 2 pekerja jer. 

Ingat nak makeover warna bilik dulu tapi tak sempat dah..

Kalau sorang-sorang memang tak leh buat kerja. Ada sorang tu pekerja sama yang datang pasang kitchen kabinet saya :) Dia pun masih ingat lagi.


Tengah pasang wall unit pulak. Yang ni RM165 sekaki. 


Dah nampak rupa. Tinggal pasang pintu pulak. Lepas dah siap, dia siap sapu seluruh almari dan sapu bilik. Tapi bilik tu hubby mop balik la kan macam biasa. hehehe

Tadda dah siap..Alhamdulillah. Dalam 3 jam jugak pemasangan dia. Mak suka dan puas hati sangat dengan hasil kerja diorang.

Katil pun dah sampai sebelum pasang wardrobe . My Nayla kemain posing atas katil kakak. Dia tak tahu , nanti dia pun akan disub kan ke bilik ni jugak nanti. hahaha

Minggu ni tak start lagi tidur bilik sendiri sebab tak kemas lagi bilik ni .Banyak barang yang dari bawah katil lama tak tahu nak campak mana. hahaha
Katil ni jenis pull out. RM 450. 


Ok. Kalau nak buat Built In Wardrobe jangan segan-segan contact mereka yer. Boleh minta quotation sekali :) 


ABS TREND MASTER SDN.BHD 
No. 81, Jalan Cokmar 1, Mutiara Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03-3342 7660

SYAFIQ - 0133887671
NORFAEZAN-0133417660




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)