Tuesday, January 20, 2015

Dinner Ala Cowboy @ Cowboy Town & Safari Wonderland , A Famosa Resort Melaka

Sebab tak banyak sangat gambar, saya gabung terus la dinner dan lawatan ke Safari Wonderland kat A Famosa Resort Melaka hari tu. Kitorang dinner kat Old West atau orang sebut Cowboy Town tapi tak dapat la tengok persembahan yang ada sebab dinner pun ada agenda sendiri dah iaitu penyampaian hadiah sampai dah habis pertunjukan kat Cowboy Town tu.

Nak masuk Old West pun kena ada tiket jugak.

Bergambar dengan cowboy chenta hati :p

Haruslah wefie

Cowboy dan anak-anak..hehehe

Haruslah bergambar satu keluarga

Cowboy pun nak masuk gambar. Boleh la...


Lepas habis majlis, bergambar kat Cowboy Town pulak. Pertunjukan pun dah habis dah,


Cowboy girl :p

Toilet sign utk OKU

Toilet sign utk lelaki. Sabor jer la, Hubby yang snap lah ni.

Antik keretanya..

Bangunan pun ala cowboy

Ni depan tempat kitorang makan tu

Lukisan red indian 

Banyak tema krismas lah masa kitorang pergi tu . Lepas habis majlis balik tidur . Nyenyak sampai pagi sebab dah letih seharian banyak agenda

Ni hari kedua pergi Safari Wonderland , A Famosa Resort Melaka. Amik gambar then bayar RM25 tak silap. Dapatlah gambar ni sekeping untuk kenangan. Nak masuk pun kena pakai gelang jugak .


Menunggu untuk naik lori melawat binatang yang ada dalam tu. My Nayla sebelum naik lori siap tidur lagi. Nasib baik Abah yang dukung. hehehe

Dah sampai lori yang ditunggu. Wanita mengandung memang tak boleh naik. Bahaya sangat especially bila lori terjun gaung. hahaha. Memang scary gila. Naik dan terjun 2 kali gaung yang sama tu. hahaha. 

Lori turunkan penumpang dulu then amik penumpang seterusnya

Wefie dalam lori. Budak baru bangun tidur sempat pandang kamera :) 

Zirafah 

Zirafah lagi

Harimau . Yang ni memang betul-betul sebelah harimau. Harimau tu dah la macam lapar, kehulu kehilir. Nak amik gambar pun rasa ngeri jer ..huhuhu


Lepas dah round dengan lori sambung tengok binatang lain jalan kaki pulak. Tak sempat tengok show yang ada sebab habis masa tunggu lori tadi jer.
Burung flamingo . Eksyen btol burung ni berdiri dengan satu kaki jer..sergah pun tak terkejut :p hahaha

Kuda padi . Nayla macam takut takut berani jer tengok kuda tuh..hihihi


Bagi makan arnab dengan carrot. Kat situ dia jual makanan untuk bagi binatang makan RM5 sepaket. 

Ala comel jer kan arnab tu..Teringat kenangan lalu. Dulu abah saya pun ada pelihara arnab jugak.


 Lepas dah tengok binatang , ada lunch disediakan. Ni entrance nak masuk tempat nak lunch tu. Tak silap RM35 sekepala dewasa dan kanak-kanak RM19. Nasib free jer kan, ofiz hubby sponsor. 



 Tamatlah sudah percutian ke A Famosa Resort Melaka. Tahun ni nak kemana pulak kita yer? Sabah ker? hahaha. In sya Allah :) 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)