Friday, January 09, 2015

Water Theme park @ A Famosa Resort, Melaka

Hari pertama di A Famosa Resort, Melaka dapat tiket percuma untuk Water Theme park . Sebenarnya ada sukaneka tapi tak sempat join sebab bertolak lewat . So sampai-sampai elok waktu lunch. Diorang sediakan lunch kemudian aktiviti bebas sampai pukul 4 petang untuk check in pulak.


Anak-anak dah tak sabar nak main air dah. Tu jer tujuan utama dorang berdua ni. Awal-awal lagi dah pakai swimming suit. Silapnya tak bawa pelampung. Kat dalam tu faham-faham jer lah harga dia kan. Satu pelampung RM29.90 dan yang pakai kat lengan my Nuha tu RM19.90 . Macam tu lah harga dia. Sebenarnya ada tempat boleh sewa tapi jenuh pulak nak beratur .Tu pun beli sebab terliur pelampung orang . Tempat jual pulak depan kolam budak-budak tu pulak. Nasib badan. hahaha


Mula-mula masuk kena pakai gelang dulu siap-siap. Tak strict sangat diorang check bag. Kalau tau macam tu bawa air siap-siap . Aiskrim RM5, Nasi Lemak Ayam RM12, buah tembikai potong RM3 dan air mineral pun RM3.50

Kaunter Masuk

Kakak kemain posing tapi adik, ada aku kesah..huhuhu

Mak dan anak-anak dara mak.. 

Tengok tu...spoil gambar..Boleh pulak dia pi main kat pokok pulak..huhu..Adik oh adik..

Masa tu dekat dengan Krismas so hiasan dalam tu semua tema krismas lah.

Haruslah wefie pulak. Gambar yang atas ni selepas mandi manda dan salin baju dah.

Swimming suit my Nayla baru beli kat Tesco hari tu RM45 tak silap.


Mula-mula celup-celup kaki dulu kasi warm up

Amboi adik....kemain lagi 

Siap nak amik pelampung orang

Seksi tak saya???

Kakak kemain lah jumpa air macam jumpa emas. hahaha

Dia boleh jer gi main sorang-sorang tapi saya tengok la dari jauh. Lepas tu Abah dia pulak ada melayan dia

Slide kat situ sampai berpuluh-puluh kali dia duk pusing

Muka gembira sangat lah tu dapat main air

Ni pulak pelampung yang beli kat depan kolam tu

Kemain atas lantai naik tapi bila masuk dalam air takut dia..buat rugi jer beli dik

Kakak jugak yang untung..dua-dua dia rembat


Adik semua gambar tak pandang kamera..hangen jer mak

Mak dan anak-anak dara mak dalam kolam pulak. Gambar last, lepas tu hubby pergi simpan telefon dan main air dengan kitorang kat pool arabian


Slide besar kat belakang tuh my Nuha sempat jugak naik 3 kali. Lepas tenggelam sekali terus cuak nak naik..Ngeri jugak kalau tengok slide tu sebab dia slide masuk dalam kolam yang dalam jugak..hahaha . Tapi my hubby dah standby dalam kolam tu siap-siap..


Ok, tu jer la cerita kat dalam Water Theme Park tu. Kalau beli tiket sendiri macam tak berbaloi lah sebab just mandi manda jer tak try main yang lain macam big ice cream slide yang ngeri macam tornado yang kat i-city hari tu.  Seterusnya nantikan dinner hari keluarga next entry pulak yer :) 


Dinning:

Side Walk Café
Fast Food Pavilions
Food Court
Bistro
Retail Outlets:
Swim Wear & Souvenir Shop
Convenience Shop

Facilities:

Locker Rental
Small locker: RM4/usage
Big Locker: RM12/usage
Tube Rental:
Double Tube: RM 10 (rental) + RM 10(deposit)
Single Tube: RM 8 (rental) + RM 8(deposit)
Cabana Rental:
Weekday : RM 70 / usage + RM 50 (deposit)
Weekend/Public Holiday/School Holiday: RM 130 / usage + RM 50 (deposit)
*First come first serve basis
Changing Room
Surau
Wheelchair (subject to availability)
Operation Hours
11.00am-7.00pm (Monday –Friday)
9.00am – 7.00pm (Saturday – Sunday, Public & School Holiday)
Close every Tuesday except for Public & School Holiday.

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)