Tuesday, January 06, 2015

Asam Pedas Claypot Restoren Kota Laksamana, Melaka dan Klebang Original Coconut Shake

Sebenarnya, rasa bersalah sangat nak tulis blog pasal JJCM @ Melaka ni tapi kalau tak tulis takut lupa plak yer. Lepas dah check in hotel Super Cowboy yang tak best tuh, kitorang bergerak untuk cari makan tengah hari. Dalam sejam jugak kami berpusing-pusing follow GPS cari the best asam pedas in Malacca tau ! Entah blog mana yang saya jumpa, tempat yang dia makan tu dah tak wujud dah.Ni hah link dia : http://www.eyriqazz.com/2012/03/restoran-asam-pedas-selera-kampungpung-melaka.html. hahahaha. Bro, boleh kasi tutup dah link ni . Sedih mak tau !! Your destination is on the right tapi tak nampak bayang. Bila tanya, diorang kata dah lama tutup. Kosong dah tapaknya.Rupanya google map yang tak update : Lokasi yang saya terjah : Tapi yang betulnya yang ini, Lokasi sebenar. hahahaha. Ampun bro :p

My hubby nak pergi Sungai Udang dah sebab dia pernah duk situ tapi saya sabarkan dia dan cepat-cepat google. Akhirnya , jumpa Asam Pedas Claypot Restoren Kota Laksamana . Moh ler kita. Macam masuk area perumahan semua ni, cuak jugak sebenarnya. Tengok kereta depan tu, macam follow GPS nak pergi tempat sama jer. Sekali betul. Sebab GPS ni, laluan tak boleh masuk dia pi masuk kan. Sama-sama sekali dengan kereta depan . Nak tergelak pun ada. Akhirnya, your destination is on the right . Tapi paling kiri, ada lagi satu kedai yang sama. Rupa-rupanya ada 2 kedai yang sama cuma waktu beroperasi yang berbeza. Kami sampai pukul 4 , Asam Pedas Claypot Restoren Kota Laksamana masih tak beroperasi tapi dah mula susun meja dah. Asam Pedas Claypot Restoren Kota Laksamana 2 pulak sampai pukul 6 petang. Berbaloi pencariannya !!

Inilah kedainya. Masih lagi penuh even dah pukul 4 petang. 

Nasib ada lagi meja kosong :)

Wefie bersama anakanda, my Nuha.

5 minit jer , makanan sampai. I loike. Tak kisahlah dia tak masak time tu janji sampai panas-panas. Nasi pun panas. Ayam pun panas. Selera sket nak makan. Now you see...

Now you dont.. Tangan my Nuha dah tak sabar nak makan sebab sejam pusing-pusing cari kedai asam pedas kan. Dia order Nasi Lemak Ayam. Heaven lah bagi dia sebab dah pukul 4 jumpa baru jumpa nasi.

Jemput tengok ! hahaha. Saya lebih suka asam pedas pari dari asam pedas tenggiri. Saya bukanlah penggemar asam pedas mcm my hubby tapi boleh diterima lah tekak ni nak makan sebab saya bayangkan pedas sampai tak boleh nak makan tapi tak pedas pun. Hubby kata sedap lah jugak dan kuah dia pekat tapi still boleh dihirup lagi. Memang tak pedas dan kalau nak yang pedas memang nangis kat situ tak dapat.Nasib baik ada sambal belacan penyelamat. So, oklah untuk my hubby. So yeay! Mission accomplished !!


Lepas ni boleh cuba resepi Asam Pedas ni yer..hihihi

Bil RM 42.50 . 

Address
  • No 118 Jalan Laksamana 6, Taman Kota Laksamana
  • 75200 Melaka
Phone012-3673737 /012 6158297
Hours
Mon - Sun:12:00 pm - 6:00 pm
Ni kedai yang disebelah. Yang ni buka selepas pukul 6. Setentang jer dengan yang no 2 tuh.

Dan ada lagi satu, Asam Pedas Pokok Besar, betul-betul bersebelahan dengan yang no 2. Lepas ni, mungkin boleh cuba yang ni pulak . Lepas dah kenyang, teringat pulak Klebang Original Coconut Shake yang Mama Tisya recommend hari tu. Mula-mula hubby tak nak pergi, lepas dah kenyit-kenyit mata, akhirnya hubby setuju nak pergi sebab dah dekat sangat dah dari restoren ni. Tapi setengah jam jugak sebab jam. hahaha. Sampai-sampai diorang dah nak tutup.Tengah kemas-kemas. Nak nanges rasa . Rupa-rupanya stall kat depan jer yang tutup tapi ada kedai yang sama tapi siap besar siap dengan parking space lagi kat belah dalam. Masuk dalam dia kata...hahaha.

Siap ada pintu gerbang lagi tuh.

Kemain my Nuha tu..

Dah petang, orang pun tak ramai sangat dah .Semua beratur untuk tapau jer.


Akhirnya...dapat merasa Klebang Original Coconut Shake. RM2  takeaway. Boleh buat sendiri jer ni kalau teringin. Air kelapa,isi kelapa muda, ais, dan air gula/ susu manis. Topping dengan aiskrim vanila .


Personally , saya lagi suka kalau kelapanya dikisar halus. Biar rasa kelapa tu dalam air bukan macam makan kelapa parut. Tapi sedap jugak la, habis 2 bekas. hahahaha. Tak baik membazir kan. My Nayla bukan minum sangat air pelik2. Dia suka teh o ais jer.hahaha

Klebang Original Coconut Shake
Alamat
  • along Jalan Klebang Besar (beside Caltex)
  • 75200 Melaka
Phone013-648 5496
Waktu Operasi
Isnin - Ahad:11:00 am - 6:30 pm

 Jumaat:02:30 pm - 6:30 pm
Berakhir sudah episod JJCM @ Melaka di elissmie.com . Thank You to Google Maps dan google. Tahun ni, JJCM kemana pulak kita yer. Ke Johor kah kita? hahaha.


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)