Hari ni kita memulakan hari Isnin dengan segmen JJCM @ elissmie aci ke tak ? Aci tak aci tak kira. Lama dah peram entry ini. Kali ni kita try Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Shah Alam pulak. Dulu dah pernah cuba Cawangan Dang Wangi. Jom kita rasa , ada perbezaan ke tidak.
Masih mengekalkan warna bangunan yang sama iaitu hijau.
Berada di simpang masuk ke Padang Jawa. Ni amik dari dalam kereta.
My nuha dan my hubby's niece
Me and my hubby
My princess dengan posing malas layan
Tengok budak banyak akal..buat muka pulak..huhuhu
Suasana dalam restoren
Mengekalkan konsep less is more
Ini menu yang kami order
Makanan dah sampai . Fried rice with beef untuk my Nuha dan Nayla
RM 8.00
Wet Mee With Black Fungus and Beef
RM 9.80
Wet Mee With Mushroom and Beef
RM 9.80
Jemput tengok..hehehe
Ni hubby punya. Mee Soup with Braised Beef
RM 8
Overall, rasa memang sama macam yang saya pernah cuba sebelum ini di Dang Wangi tapi portionnya mungkin telah dikecilkan sesuai dengan citarasa orang kita. Sebelum ni di Dang Wangi memang tak boleh habis 1 potion tapi di Cawangan Shah Alam, boleh habis sepinggan sorang. Rasa dan kualiti masih sama dan servis pun not bad even pergi hari minggu dan ramai orang. Boleh dicuba lagi lepas ni :)
Korang pernah ke makan mee tarik ni ?
p/s:
Boleh juga baca review dari food blogger tersohor kita : http://hazmanfadzil.com/2014/10/16/rasa-kualiti-lima-bintang-di-restoran-mee-tarik-warisan-asli-setapak/
Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Shah Alam
B-27 Alam Venue 2 ,
Jalan Serai Wangi K
16/6 Shah Alam Selangor
Tel :012 6826295
Web : http://www.meetarik.com/