Walau dah wish dekat facebook, nak wish jugak dekat blog. Sebab hubby tak der facebook pun..kah kah kah..Terima kasih yang wish kat timeline saya tu . Tak sempat nak balas semuanya..
Sayang , happy seventh wedding anniversary .. terima kasih untuk rasa kasih dan sayang selama ini.. semoga chenta kita kekal sampai syurga... 14.10.2007 - 14.10.2014
Jom lah hari ni kita buat edisi throwback yer atau nostalgianya @ elissmie punya segmen..Kali ni gambar dari album perkahwinan saya kat kampung..klasik sket amik gambar dari album. Sebab asyik ulang-ulang jer gambar dari handphone kan. Masa kahwin bukan semua gambar amik dengan handphone kan ada jugak yang tak amik..Masa tu photog saya memang masih guna DSLR yang pakai filem lagi.
Tema perkahwinan saya adalah hijau dan putih gitu. Sebenarnya saya kalau boleh nak warna ungu..hahaha..Warna kegemaran kot tapi sebab my ma memang suka warna hijau, so saya mengikut ajer kemahuan wanita yang paling saya cinta ni lagipun saya kan satu-satunya anak perempuan kan.Kasi can lah..hehehe .Tapi hantaran saya warna purple lah tapi..hahaha. Malas tunjuk dah gambar hari nikah yang diulang-ulang tu . Boleh tengok kat sini kalau nak tengok jugak :p
Masa hari persandingan , saya salin 2 helai baju jer pun. Songket dan dress. Sebenarnya masa fitting dengan masa hari sebenar persandingan memang ukuran badan saya berubah.Panik mak nakkk..Ingat dah tak boleh pakai baju sanding dah tapi rupanya boleh ditetas untuk pengantin chubby ni pakai baju sanding..kah kah kah..nostlagia.. Dah la masa hari nikah , mak andam boleh tak tahu hari nikah dengan hari sanding hari berbeza. Nyaris mak tak pakai make up masa nikah..hahaha..
Inilah adik andam saya.. Cik lagi. Anak kepada pak andam sebenarnya ni. Masa ni dia baru 19 tahun tau kalu tak silap. Pandai dia make upkan saya..Simple n nice ajer..
Posing dulu sebelum bersanding..
Ini baju persalinan pertama. Songket bunga tabur nama dia. Saya orang pertama pakai baju ni sebab baju ni dia baru buat kat butik dia masa tu..
Ekslusif ni sanding atas katil ..hahaha..Belum pernah lagi muncul dalam blog ni
Ini pulak persalinan kedua iaitu dress..Yang ni pun nyaris tidak muat ..hahaha..
Sayang, bila kita nak makan suap-suap macam ni lagi :p Asyik duk suap anak jer kan..hahaha
Ai suap you, you suap ai..kemain lagi..
Apapun, terima kasih sayang untuk rasa kasih , sayang dan chenta selama ini..
Dah puas berdiri amik gambar duduk pulak..hehehe
Tengok pintu gerbang tu..Kemain hijau putih...Tu pun tragis jugak terpaksa pakai payung avon sebab payung kuning lagi satu tiba-tiba tak boleh bukak..hahaha
Sayang, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke- 7 dengan ucapan nak bercuti kemana kita tahun ni..dah nak akhir tahun dah ni..
Cameron highlands plzzzzzz :p
Cameron highlands plzzzzzz :p
Cameron highlands plzzzzzz :p
Cameron highlands plzzzzzz :p
Cameron highlands plzzzzzz :p
Cameron highlands plzzzzzz :p
Cameron highlands plzzzzzz :p
p.s : rayuan di blog.. 7 tahun menanti..sadiss...