Wednesday, August 13, 2014

Usaha kecil menjaga keindahan pantai di sekitar Dungun

Sebagai seorang anak kelahiran Terengganu, saya ingin mencadangkan usaha kecil kita dalam menjaga keindahan pantai di sekitar Dungun.  Sebenarnya ini adalah inisiatif my hubby yang saya rasa bagus untuk dikongsikan. Semasa kami nak berhenti makan di tepi pantai di Dungun hari tu, memang ada banyak pondok yang disediakan oleh Majlis Daerah Dungun tapi kebanyakan tempat kotor. Memang tak lalu nak duduk. Ada saya tengok bawa tikar sendiri dan duduk berkelah bawah pokok sebab tak selera nak duduk kat pondok yang disediakan.

Pemandangan pantai di sekitar Dungun. Cantik kan ? 

Sekarang diorang tengah buat tambak kat pantai di Dungun selepas kejadian hakisan yang teruk hari tu. Makin sempit kawasan pantai. 
 
Ni kat area Teluk Gadong tepi UiTM Dungun. Sayang kalau tak terjaga kan. 

Sempat pekena air jagung float. 


Jom pekena CT.. 
CT = Celup Tepung lah kan.


Cadangan saya, apa kata setiap kali selepas menggunakan pondok tu, apa salahnya bersihkan pondok tersebut untuk kemudahan pengunjung seterusnya. Lagi satu , apa salahnya buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan kat situ. Tak patah tangan pun kan..
Setuju ? #sayangipantaikita #pantaidungun #iniwilayahpantaitimur

Posing dengan anak-anak sebelum pulang :)


Dikesempatan ini, saya mengucapkan happy dating anniversary kita yang kesebelas sayang yang telah lepas ( 2.8.2003- 2.8.2014) iaitu bersamaan dengan hari lahir anakanda yang pertama :) Semoga kita kekal bercinta dan berbahagia sampai ke jannah...Aku ingin menjadi ketua bidadarimu dunia dan akhirat...Aaaminnn...
p/s:


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)