Akhirnya, merasa jugak makan bubur lambuk pantai timur style ramadhan kali ni. Kalau tak tunggu balik terengganu baru dapat merasa. Hari tu masa Nuzul Quran, Long saya balik terengganu. My ma kirimkan pucuk midin dan daun-daun lain untuk buat bubur lambuk.Ulang tayang balik resepi Bubur Lambuk Pantai Timur Style.
Resepi Bubur Lambuk Pantai Timur Style.
Bahan-bahan
Beras 2 cawan
Pucuk midin ( Paku pakis merah)
Daun kunyit sehelai
Daun halia sehelai
Daun ulat bulu
Pucuk kaduk
Kangkung
Pucuk kaduk
Kangkung
Daun kesum
Pucuk manis
Santan kelapa (sekotak)
Bahan untuk ditumbuk
4 ekor ikan sardin(orang terengganu panggil ikan selayang) direbus dan diambil isinya
6 ulas bawang merah
lada hitam (secukup rasa)
Cara-cara
Jerang beras dengan 4 cawan air (sukatan dier 1 cawan beras 2 cawan air) hingga jadik bubur..(pekat)
Masukkan pucuk2 yang ada kat atas...
Masukkan bahan tumbuk ,garam,gula secukup rasa...
Masukkan kelapa parut di goreng samapi kekuningan dan ditumbuk tapi bukan sampai jadi kerisik pulak Masukkan santan dan biarkan mereneh seketika.Sedia untuk dihidangkan.
Tambahan : budu dan perahan asam limau. Tapi hari tu saya masukkan sekali budu terus dalam bubur tu macam mak mentua saya buat tapi my ma buat tak letak budu lagi. Budu masuk masa makan tu so boleh la ikut citarasa nak masin atau terlebih masin..hehehe.
Selamat mencuba !
Daun-daun kayu yang hampir layu sebab seminggu stranded kat KL ;p
Telan air liur pulak menengoknya..hahaha
Sempena Syawal yang bakal tiba, saya , suami dan anak-anak mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri . Maafkan salah silap kami dan doakan perjalanan kami selamat pergi dan kembali .Hati-hati di jalan raya yer korang yang mana beraya di kampung tu.Pastikan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan! Esok dah cuti !! Yeay!