Thursday, July 17, 2014

Teaser, baju raya kami tema Maroon-purple dan Sampul Raya Affin Bank

Akhirnya, selesai sudah pencarian baju raya kami anak beranak. Tahun ni persiapan ala kadar ajer. Kami shopping kat GM Klang seperti tahun lepas. Tapi sebab tahun ni temanya adalah jubah atau dress, susah jugak nak dapat untuk saiz my Nayla. Untuk saiz saya yang big plus comel ni pun senang jugak nak cari jubah yang saya berkenan. Jubah kanak-kanak pula senang kalau umur dari 4 tahun. Banyak juga pilihan. Tapi yang my Nuha punya, terus tengok terus berkenan. 


Teaser jer dulu baju raya kami :) 


Kasut pun beli kat GM Klang. Dua-dua beradik berkasut pink tahun ni. Maknyer tak cari lagi kasut raya dan tudung raya. Tak sempat hari tu nak beli semua.


Saya dah tukar duit raya :) Terima kasih Kak Izan, mempercepatkan urusan tukar duit raya saya hari ni  :)


Kad raya dari cucu-cucunda kepada nenda di kampung siap pos laju lagi :)

Korang tema warna apa tahun ni ? 



p/s:

Anda boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan melalui 5 pakej berikut:

1) Pakej Iftar (RM50/set)
2) Pakej Sahur (RM20/set)
3) Pek Makanan (RM300/set)
4) Hadiah Hari Raya (Eid Gift) (RM150/set)
5) Tabung Kecemasan (Perubatan dan keperluan asas lain)

Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui
- Maybank Islamic (551575-004299)
- Bank Islam (1209-20100-34904)

Sila hantarkan maklumat pembayaran kepada projects@aqsasyarif.org.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
+603-8733 4636 atau +6013 744 4760

"Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka"


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)