Dah petang baru nak update pasal dating breakfast pagi tadi dengan my hubby terchenta. Kali pertama dating tahun ni rasanya kan sayang. Kali ni JJCM @ elissmie breakfast kat Seksyen 8. Sebelum ni memang pernah datang juga makan kat sini beberapa kali . Kat kedai ni memang banyak pilihan makan pagi dan tengah hari.
Kitorang breakfast Nasi Dagang hari ni. Rasa boleh la terima . 3 / 5 bintang .
Nasi dagang RM 5 - 5.50
Hubby pun dah pandai amik gambar makanan :p Maklumlah ada geng whatsapp dah skang..hihihi
Tepung pelita. Siap tapau nasi tengah hari iaitu Nasi Kerabu dan Ayam Percik . RM7
Ni gambar selfie semalam..kekeke. Nak jugak letak gambar empunya blog.
Ni gambar cilok kat foursquare. Bersusun gitu lauk nya.. Ni time tengah hari.Bersusun lauk sampai rambang mata. Tak silap Kak Ema mula-mula bawak kami makan kat sini.
Ruang makan...Dah banyak beza dari dulu...
Dari Depan kedai . Itu bukan Cinta Bersulam Rinduku ..Cantik pulak kan warna merah. Hubby cakap kalau nak cat merah boleh, nanti 2nd car nak warna putih jugak..Adoiiiyaii...
Korang pernah makan kat Restoren Soto Shah Alam ni ?
p/s:
Restoren Soto Shah Alam,
No. 12, Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8,
40000, Shah Alam, Selangor
03-5512 3489