Monday, April 21, 2014

Macam mana nak dapatkan salinan MC @ DEMC

MC pertama 2014 boleh pulak hilang yang asal. Yang ada cuma gambar hari tu la. HR tak terima kalau bukan MC original dan suruh dapatkan salinan dari DEMC. Terpaksa lah pergi DEMC untuk dapatkan salinan MC yang asal tu.Nak amik salinan MC kena pergi Bahagian Rekod. Naik Lif , pergi ke Level B2. Kat situ ada Bahagian Rekod. Waktu operasi ( Isnin - Jumaat 9.00 pagi - 5.30 petang ) Sabtu sampai 12.00 Tengah hari. Sebelum tu pergi hari selasa lewat 10 minit staf dah balik. Ni pergi balik hari Jumaat lepas. 


Nanti staf Bahagian Rekod bagi satu borang untuk kita buat pembayaran kat kaunter Pembayaran kat dalam farmasi tu.

Dah settle bayaran kat sini, turun balik ke Bahagian Rekod untuk dapatkan salinan MC. 
RM 5 dikenakan untuk salinan MC yang hilang. RM5 untuk sebuah kecuaian.

Bil untuk salinan MC. Tunjuk kat staf Bahagian Rekod. 

Inilah salinan MC yang diperolehi . 
Moral of the story :  Lepas ni kena beringat untuk simpan MC elok-elok bila dah dapat tu. 

Korang pernah dapat MC untuk tahun 2014 ? #bukanMCbeli #MChilang

p/s:


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)